Isnin, 12 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Sejuta pengguna bakal terjejas

Posted:

Sejuta pengguna bakal terjejas

Sejuta pengguna bakal terjejas

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan NADIA SHAIFUL BAHARI
berita@kosmo.com.my

LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor.


KUALA LUMPUR – Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.

Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.

LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som (gambar kecil) berkata, kerja penyelenggaraan tersebut meliputi penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter bagi pam nombor tujuh di Rumah Pam Air Mentah (RPAM) loji tersebut dan penggantian Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rangka rentung milik Nadirah

Posted:

Rangka rentung milik Nadirah

Rangka rentung milik Nadirah

Oleh RADIAH SAORI dan NASRI JAMALUDIN
berita@kosmo.com.my


ROSELYN (kanan) yang sebak ditenangkan ahli keluarga selepas menerima berita kematian Nurul Nadirah semalam.


JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25.

"Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudian dihantar ke makmal di mana hasilnya sepadan dengan DNA ibunya.

"Siasatan awal sebelum ini mendapati ia milik manusia dewasa namun, siasatan lanjut mendapati ia milik Nurul Nadirah," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, mayat yang dijumpai pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan proses pengecaman.

"Empat individu termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tahanan reman.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang sementara motif sebenar kejadian masih disiasat," tambahnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Undang-undang ganti isa dirangka

Posted:

Undang-undang ganti isa dirangka

Undang-undang ganti isa dirangka

KUALA LUMPUR – Undang-Undang baharu bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang bakal dimansuhkan, sedang dirangka dan kini berada di Jabatan Peguam Negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menggantikan ISA namun, rang undang-undang berkaitan perlu dirangka dengan teliti sebelum dibawa ke Kabinet dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

"Saya belum melihat rangka terkini (rang undang-undang itu)," katanya ketika diminta mengulas undang-undang yang bakal menggantikan ISA selepas majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan