Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Impian warga Felda tercapai

Posted:

Impian warga Felda tercapai

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


Gambaran pelukis Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Wilayah Ekonomi Pantai Timur bernilai RM10 juta yang sedang dibina di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.


MARAN 12 Mac - Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini yang menjadi kebanggaan orang Melayu Pahang khususnya warga Felda terus melonjak maju setanding dengan bandar lain berikutan beberapa projek bernilai RM250 juta sedang rancak dibangunkan di lokasi tersebut.

Salah satu projek yang dinantikan warga peneroka ialah Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Wilayah Ekonomi Pantai Timur bernilai RM10 juta yang sedang dalam pembinaan sekali gus bakal menjadi mercu tanda baru bandar Melayu terulung di negeri ini.

Projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu itu kini sudah kira-kira 35 peratus pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 17 November ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kajian teliti perlu elak risiko banjir

Posted:

Kajian teliti perlu elak risiko banjir

Oleh ALI MAHMOODutusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 12 Mac - Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membuat kajian teliti sebelum meluluskan sesuatu kawasan untuk projek perumahan bagi mengelakkan ia dibangunkan di kawasan berisiko banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, ketika ini terdapat beberapa kawasan perumahan di daerah ini yang terdedah kepada banjir.

Katanya, Taman Mentakab Indah adalah antara kawasan yang mudah dinaiki air apabila berlaku hujan lebat lebih dua jam kerana ia dibina di kawasan rendah.

"Ia menyebabkan penduduk taman tersebut terpaksa menanggung penderitaan dan berpindah ke pusat pemindahan sementara setiap kali hujan terutamanya musim tengkujuh.

"Adalah tidak adil kepada mereka yang terpaksa menanggung kerugian apabila barangan keperluan rumah seperti peralatan elektrik dan perabot rosak," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pengguna perlu pilih kedai harga terendah

Posted:

Pengguna perlu pilih kedai harga terendah

KUANTAN 12 Mac – Pengguna perlu bijak menggunakan kuasa yang ada dengan tidak berbelanja di premis yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran pelarasan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, walaupun kerajaan mengawal harga barang-barang tertentu namun masih ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan lain.

''Dalam hal ini pengguna tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata tetapi perlu bijak membuat keputusan sebelum membeli.

"Pengguna perlu berhemah dan berjimat cermat dengan memilih kedai yang menawarkan harga terendah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan iaitu pelarasan 13 peratus gaji bagi penjawat awam Gred 1 hingga 54 dan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan sebanyak RM50 bagi kawasan B dan C.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan