Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Demi hubungan erat, mesra rakyat

Posted:

Demi hubungan erat, mesra rakyat

Di belakang ada batu
Luar pagar ada talam
Membilang dari Satu
Tanya khabar dengan salam

KITA bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana pada pagi ini hasrat kolektif kita mewujudkan Sudut Malaysia atau Malaysia Corner di Universiti Indonesia berhasil.

Semoga usaha ini akan terus berkembang dengan program-program susulan agar Sudut Malaysia ini dilengkapi lagi dengan bahan-bahan tambahan sehingga ia mungkin menjadi sumber kajian dan penyelidikan.

Lahirnya idea ini adalah dari kawan-kawan yang berhimpun di Bukit Tinggi tanggal 23 September 2011 lalu dengan disusuli perbincangan di Kuala Lumpur. Sudut Malaysia di Universiti Indonesia ini diharapkan akan menjadi simbol kerjasama dan hubungan erat utama antara rakyat Malaysia dengan rakyat Indonesia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Ke arah gaji lebih munasabah

Posted:

Ke arah gaji lebih munasabah

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my

SUDAH sahih, akhirnya skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengundang pelbagai kontroversi ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan awam terutamanya di peringkat kumpulan sokongan tidak akan dilaksanakan.

Sebaliknya, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan dan diberi penambahbaikan. SBPA, yang disifatkan berat sebelah kerana hanya menguntungkan kumpulan yang bergaji lebih tinggi sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.

Dan semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa skim tersebut dibatalkan terus. Keputusan itu sudah pasti memberikan kelegaan dan sedikit sinar kepada hampir separuh daripada 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Turut diumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan