Khamis, 8 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Padah keangkuhan bekas imam

Posted:

Padah keangkuhan bekas imam

Padah keangkuhan bekas imam

HOSLAN pernah dilantik sebagai imam ratib di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.


PUTRAJAYA - Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan semalam setelah didapati bersalah menghina mahkamah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.

"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun.

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini.

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli.

Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dekat Kuala Lumpur bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman di sini antara pukul 10.15 pagi dan pukul 10.30 pagi pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar menyifatkan tindakan Hoslan sebagai angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati mahkamah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jangan kaitkan dengan saya - Tengku Abdullah

Posted:

Jangan kaitkan dengan saya - Tengku Abdullah

Jangan kaitkan dengan saya - Tengku Abdullah

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak berhenti daripada mengaitkan nama baginda dengan kes khalwat yang dihadapi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Tengku Abdullah bertitah, kenyataan Badrulamin dan beberapa buah blog yang mengaitkan nama baginda sebagai kononnya akan campur tangan dalam kes tersebut adalah satu perkara yang tidak benar dan mengejutkan.

"Saya tidak berada di dalam negara pada ketika itu. Saya harap hentikanlah mengaitkan nama saya. Saya tidak pernah terlibat dalam hal ini dan saya hanya ingin tahu siapa yang terlibat, tidak lebih daripada itu," titah baginda kepada pemberita semalam selepas melawat persiapan stadium menjelang Sukan Malaysia Pahang yang bakal berlangsung Julai ini.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa diminta mengulas kenyataan Badrulamin yang mendakwa baginda akan campur tangan dalam kes khalwat pemimpin PKR itu bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah bilik hotel di Pantai Balok di sini pada 25 Februari lalu kira-kira pukul 3 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1.4 juta penjawat awam naik gaji

Posted:

1.4 juta penjawat awam naik gaji

1.4 juta penjawat awam naik gaji

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


NAJIB berucap di hadapan penjawat awam di PICC, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi sektor awam serta pembatalan struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta implikasi kewangan.

"Pelaksanaan skim SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Ekoran pembatalan SBPA maka pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan itu akan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks SSM," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perjumpaan khas bersama lebih 15,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan