Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


4 dihukum gantung sampai mati

Posted:

4 dihukum gantung sampai mati

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Mac — Tiga warganegara Thailand termasuk seorang wanita dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rompakan Kedai Emas Poh Kong di Subang Parade, lima tahun lalu, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Keempat-empat mereka dijatuhi hukuman tersebut setelah didapati bersalah memiliki dua pucuk pistol dan sejumlah 57 butir peluru tanpa sebarang kuasa yang sah di sebuah bilik hotel pada 2007.

Dua lelaki dari negara jiran terbabit ialah Songsil Udtoom, 42, dan abangnya, Jukkis Udtoom, 45, serta Phailin Noochang Phueak, 31, bersama teman lelakinya, Loo Yeong Guang, 35, dari Rantau, Negeri Sembilan.

Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjerid memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh-tertuduh terbabit gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Keputusan bunuh Sosilawati 30 April

Posted:

Keputusan bunuh Sosilawati 30 April

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 8 Mac - Nasib bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, R. Matan, dan R. Kathavarayan sama ada dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 30 April ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan menutup kes sebaik sahaja saksi terakhir mereka, Mohd. Zaki Abdul Karim yang juga abang kepada salah seorang mangsa selesai memberi keterangan.

Beliau turut menetapkan 4 dan 5 April ini untuk kedua-dua pihak berhujah di akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, Ketua Unit Jenayah Am dan Jenayah Seksual, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Ishak Mohd. Yusoff memaklumkan pihaknya tidak mempunyai saksi lain selepas Mohd. Zaki.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan