Rabu, 7 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Membangkit 'rasa' rakyat - PM

Posted:

Membangkit 'rasa' rakyat - PM

Prof. Dr. Mohd Zainul Fithri Othman ialah Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan, Management & Science University (MSU)

Wawancara Mingguan Malaysia (5 Mac 2012) dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan parti-parti politik dan ekonomi tanah air menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menarik saya untuk berkongsi pandangan.

Pada tahun 2008, kita melihat kejayaan pakatan pembangkang PKR, DAP dan Pas dalam pilihan raya adalah kerana dorongan persepsi yang dibuat oleh mereka. Rakyat terdorong kepada sifat populariti sesuatu isu yang disensasikan oleh pakatan pembangkang dan membuatkan ada rakyat percaya dan ada yang tidak - tetapi mengambil sikap berdiam diri atau "non-partisan".

Ini ditambahi pula pengurusan persepsi yang tidak dilakukan dengan segera secara berkesan oleh pihak Barisan Nasional (BN) membuatkan ia menular kepada minda rakyat. Namun demikian, Apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (buat seketika waktu), isu-isu lama di Kelantan masih belum diselesaikan setelah diperintah begitu lama oleh Pas.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pelaburan domestik masih rendah

Posted:

Pelaburan domestik masih rendah

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Richard Vietor


PASARAN global kini bernilai sekitar AS$44 trilion (RM133.3 trilion) dan terus berkembang sejak tamatnya perang dunia kedua sekitar lewat 1940-an lagi. Peningkatan pembelian oleh negara kaya dan pelaburan di negara membangun turut membantu kedua-duanya berkembang dengan lebih pantas.

Ini membawa kepada persaingan antara negara-negara yang berebut bahagian masing-masing dalam pasaran ekonomi dunia melalui pelaburan langsung asing (FDI) dan jualan eksport melalui perniagaan di samping bersaing merebut kepakaran yang mahir dalam pengurusan, teknologi dan sumber asli.

Melalui satu sesi ceramah khas oleh Profesor Sekolah Perniagaan Harvard, Profesor Richard Vietor selaku Profesor Tetamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau berkongsi tentang apa, kenapa dan bagaimana sebuah negara berpendapatan tinggi bersaing untuk mencipta peluang ekonomi global bagi kebaikan rakyatnya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan