Rabu, 7 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Keceriaan murid SK Bukit Goh

Posted:

Keceriaan murid SK Bukit Goh

Oleh NOREHAN SALLEH
utusanktn@gmail.com


Md. Sohaimi Mohamed Shah (duduk, kanan) memakaikan beg sekolah kepada seorang murid pada majlis penyampaian peralatan sekolah sumbangan Yayasan Felda di SK LKTP Bukit Goh.


KUANTAN 7 Mac - Tahun ini amat bermakna kepada pelajar sekolah di seluruh negara termasuk di Pahang kerana mereka menikmati pelbagai kemudahan serta bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dan pihak swasta.

Bukan itu sahaja, mereka juga menerima bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan manakala anak peneroka pula menerima peralatan sekolah bernilai RM150.

Seramai 125 murid tahun satu di Sekolah (SK) LKTP Bukit Goh di sini juga tidak terkecuali apabila menerima peralatan sekolah yang disampaikan oleh Yayasan Felda baru-baru ini.

Sumbangan berupa sebuah beg, dua pasang baju dan sepasang stoking serta kasut itu diberikan pada satu majlis di sekolah itu yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Ibu bapa terharu terima bantuan persekolahan

Posted:

Ibu bapa terharu terima bantuan persekolahan


SITI Norni Sheikh Ahmad membantu anaknya, Mohd. Yusman Adam Roshidi memakai kasut baru bantuan Yayasan Felda.


KUANTAN 7 Mac - Golongan ibu bapa di Tanah Rancangan Felda Bukit Goh di sini terharu dengan keprihatinan Yayasan Felda (YF) yang menyampaikan bantuan peralatan persekolahan untuk anak-anak mereka bagi meringankan beban keluarga.

Seorang peneroka, Sharifah Nazatul Shima Syed Mohd. Sidek, 32, berkata, dia bersyukur apabila anak kedua daripada tiga menerima sumbangan peralatan sekolah berkenaan.

"Pada tahun ini, saya dan suami membelanjakan sebanyak RM600 untuk tiga orang anak kami dalam menghadapi persiapan persekolahan.

"Jumlah itu merupakan bebanan kerana suami hanya bekerja sebagai pemandu lori dan pemberian berkenaan sedikit sebanyak turut meringankan beban kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

MITI akan serah baki RM3.3j

Posted:

MITI akan serah baki RM3.3j

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 7 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyerahkan baki peruntukan sebanyak RM3.3 juta kepada kerajaan Pahang untuk memperbaiki prasarana di tiga kawasan industri di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementeriannya sebelum ini meluluskan peruntukan RM4.8 juta untuk tujuan itu, yang mana RM1.5 juta telah pun diserahkan kepada kerajaan negeri ini.

"Kita lihat infrastruktur di kawasan perindustrian di negeri ini dalam keadaan yang tidak terurus, jalan raya sudah berlubang sana sini, ada longkang tersumbat.

"Justeru, kita setuju untuk memberikan peruntukan berkenaan sebagai usaha bersama antara MITI dan kerajaan Pahang untuk meningkatkan kemudahan prasarana bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan