Rabu, 7 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Ananda jual Tanjong Energy kepada 1MDB

Posted:

Ananda jual Tanjong Energy kepada 1MDB

Ananda jual Tanjong Energy kepada 1MDB

STESEN jana kuasa elektrik milik Tanjong Energy di Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka.


KUALA LUMPUR - Bilionair T. Ananda Krishnan telah menjual aset penjana tenaga bebas (IPP) miliknya, Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (Tanjong Energy), kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM8.5 bilion dan ia merupakan antara urus niaga terbesar pernah dicatat dalam industri tenaga negara dan di rantau ini.

Perjanjian tersebut telah dimeterai pada Jumaat lalu dan kini ia tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa.

IPP merupakan penjana swasta yang membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd.

Syarikat Tanjong Energy yang dimiliki Ananda memiliki lapan loji kuasa yang terletak di Malaysia, Mesir, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kapasiti tenaga yang dihasilkan oleh semua loji berkenaan ialah 3,951 megawatt (MW).

Di Malaysia, kesemua loji tenaganya terletak di Melaka iaitu Jana Kuasa Telok Gong 1 dengan kapasiti tenaga 440 MW, Jana Kuasa Telok Gong 2 (720 MW) dan Jana Kuasa Tanjung Kling (330MW).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, pengambilalihan itu menandakan langkah pertama strategik syarikat itu bagi memenuhi keperluan tenaga negara untuk jangka panjang dan ia dilihat sebagai peluang berharga kepada 1MDB untuk menjadikan Tanjong Energy sebagai pasaran yang baharu muncul dalam pengeluar tenaga bebas.

"Tenaga merupakan antara bidang fokus teras untuk 1MDB. Kami tertarik dengan rekod operasi kukuh Tanjong Energy selain portfolionya yang memiliki pelbagai aset berkualiti, keupayaan dalaman yang mantap dan potensi untuk pertumbuhan baharu di dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ustaz kena penjara 18 tahun

Posted:

Ustaz kena penjara 18 tahun

Ustaz kena penjara 18 tahun

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Selepas hampir setahun turun naik mahkamah, seorang ustaz akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan Hanif Mohd. Ali, 27, menjalani hukuman tersebut pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh ke atas tuduhan pindaan iaitu menyebabkan kematian Saiful Syazani, 7, di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau antara pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pada 31 Mac 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda. Sebelum ini, dia dituduh mengikut Seksyen 302 kanun yang sama tetapi ia dipinda selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, jenayah yang dilakukan tertuduh sememangnya satu kesalahan yang amat berat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemberian BR1M bukan rasuah - Ismail Sabri

Posted:

Pemberian BR1M bukan rasuah - Ismail Sabri

Pemberian BR1M bukan rasuah - Ismail Sabri

BERA - Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu 'rasuah' sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

"Jika BR1M itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada 480 penduduk Parlimen Bera di sini semalam.

Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan parti itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan