Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Khairy buat Anwar tersentak

Posted:

Khairy buat Anwar tersentak

KUALA LUMPUR 13 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

PKR, Pas gagal tingkatkan ekonomi Melayu Pulau Pinang?

Posted:

PKR, Pas gagal tingkatkan ekonomi Melayu Pulau Pinang?

GEORGE TOWN 13 Mac - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas gagal membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang sejak pakatan pembangkang memerintah negeri ini. Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu dari dua parti itu hanya pentingkan pangkat tanpa berusaha untuk membantu bangsa mereka.

"Pemimpin PKR dan Pas terutama yang Melayu gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin, sebaliknya lebih mementingkan pangkat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rahmad berkata, berdasarkan situasi itu KMPP yakin Barisan Nasional terutama UMNO mampu memperoleh sokongan orang Melayu di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan negeri (pada pilihan raya umum akan datang) bagi menggantikan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, Barisan Nasional (BN) terutama pemimpin-pemimpin UMNO perlu lebih bekerja keras untuk menambat hati pengundi dan menang di negeri ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan