Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


2 ditahan kematian 2 beranak

Posted:

2 ditahan kematian 2 beranak

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mac - Tidak sampai 24 jam mayat dua beranak ditemui mati dalam sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong dekat sini, polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 18 dan lingkungan 20-an ditahan di sebuah flat di Pandan Indah di sini pukul 6 petang semalam.

Difahamkan, salah seorang daripada suspek merupakan rakan lelaki pensyarah muda terbabit yang ditemui mati iaitu Zara Eleena Omar Peter, 23.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias, (gambar) kedua-dua suspek ditahan selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Polis juga telah mengambil keterangan beberapa jiran serta menghantar pasukan forensik bagi mencari bahan bukti di rumah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

'Geng Gemuk' tumpas, 7 ditahan

Posted:

'Geng Gemuk' tumpas, 7 ditahan

KUALA LUMPUR 13 Mac - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun dan curi kereta dikenali sebagai 'Geng Gemuk', dengan tertangkapnya tujuh individu termasuk seorang wanita di sekitar Lembah Klang dan Selangor, baru-baru ini.

Sebuah kereta mewah jenis BMW dan tiga kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang turut dirampas dalam beberapa siri serbuan yang dilancarkan sejak 29 Februari hingga 7 Mac lalu.

Modus operandi kumpulan itu adalah melakukan kegiatan tersebut ketika mempunyai peluang tanpa mengira masa, mensasarkan kenderaan mewah, selain turut menyamun barang peribadi pemilik menggunakan pisau sebelum kenderaan dilarikan.

Terdahulu, polis menubuhkan satu pasukan khas mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan pada 29 Februari lalu.

Pada hari yang sama, polis berjaya menahan seorang lelaki menaiki kereta BMW yang dilaporkan hilang dan merampas sebilah pisau dan beberapa keping kad Touch N' Go.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan