Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Keputusan demi kepentingan UMNO, BN

Posted:

Keputusan demi kepentingan UMNO, BN

KUALA LUMPUR 11 Mac - Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada bulan depan merupakan keputusan yang baik demi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan Shahrizat melepaskan jawatannya dilihat sebagai sesuatu yang patut dicontohi walaupun kes melibatkan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp). masih disiasat.

"Tindakan tersebut sepatutnya dicontohi khususnya pemimpin pakatan pembangkang walaupun secara terbuka keburukan mereka diketahui rakyat.

"Saya rasa beliau mengutamakan kepentingan parti daripada diri sendiri kerana keikhlasannya memperjuangkan nasib rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tindakan letak jawatan tepat - Ezam

Posted:

Tindakan letak jawatan tepat - Ezam

KUALA LUMPUR 11 Mac - Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah tindakan tepat dan jauh berbeza dengan segelintir pemimpin pembangkang.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) berkata, biarpun belum terbukti bersalah, Shahrizat sanggup melepaskan jawatan dan tidak mengheret masalah peribadi menjadi beban kepada parti dan kerajaan.

Katanya, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memperlihatkan sikap dan jiwa besar seorang pemimpin UMNO yang mementingkan parti dan perjuangan.

"Semoga tindakan beliau ini menjadi permulaan kepada sikap berjiwa besar pemimpin politik lain untuk meletakkan keutamaan kepada perjuangan parti berbanding jawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan