Ahad, 11 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


90 peneroka dikesan jual tanah

Posted:

90 peneroka dikesan jual tanah

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanperlis@utusan.com.my

KUALA KRAU 11 Mac - Felda Wilayah Jengka mengenal pasti seramai 90 peneroka telah menjual tanah ladang mereka kepada individu tertentu di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Saari Din berkata, statistik itu diperoleh daripada program 'banci generasi baru Felda ' anjuran Majlis Belia Felda Malaysia dengan kerjasama pengurusan Felda.

''Peneroka yang menjual tanah ladang kepada individu tertentu disebabkan pelbagai faktor seperti bertindak keluar rancangan, tanah dilelong bank, tiada wawasan diri dan masalah peribadi seperti mahukan wang segera.

''Ada yang menjual tanah ladang tanpa pengetahuan pengurusan Felda dan kerajaan negeri kerana urusan jual beli dibuat secara rahsia membabitkan peneroka, peguam dan pembeli," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Gabungan JKKK/JKKR Wilayah Jengka di Felda Jengka, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Sungai Kenong tarikan terbaru pelancong ke Lipis

Posted:

Sungai Kenong tarikan terbaru pelancong ke Lipis


KEINDAHAN landskap gua batu kapur di sepanjang Sungai Kenong bakal menarik pelancong ke kawasan berkenaan di Lipis.


KUALA LIPIS 11 Mac - Sungai Kenong yang terletak di selatan Taman Negara dilihat mampu menarik pelancong asing ke kawasan berkenaan kerana ia mempunyai landskap gua batu kapur yang indah.

Menyedari hakikat itu, perkhidmatan bot telah disediakan di Jeti Kiara, Sungai Kenong bagi memudahkan pelancong menyusuri sungai berkenaan yang memakan masa selama 30 minit.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Kenong, Abdul Rahman Bilal Endil (gambar) dengan bayaran sebanyak RM30, perkhidmatan bot tersebut membolehkan penduduk sekitar menambah pendapatan mereka.

Melalui perkhidmatan bot itu, pelancong berpeluang melintasi di bawah gua batu kapur yang diberi nama Gua Bukit Tinggi dan Gua Batu Kajang yang juga menjadi 'rumah' kepada kelawar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

RM45j bina perpustakaan baru Pahang di Kemunting

Posted:

RM45j bina perpustakaan baru Pahang di Kemunting

KUANTAN 11 Mac - Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) bakal memiliki bangunan baru bernilai RM45 juta di Kemunting di sini yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bangunan setinggi tiga tingkat itu dibina atas tapak seluas 1.68 hektar berkonsepkan mesra masyarakat dengan mengaplikasikan teknologi hijau.

"Bangunan perpustakaan itu yang kini dalam peringkat menentukan reka bentuk dibina bagi menggantikan bangunan lama di Jalan Gambut di sini.

"Apabila siap kelak, perpustakaan ini akan menyediakan semua bahan bacaan dalam bentuk digital sejajar dengan perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Buku Pahang 2012 di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Kumpulan MPH Malaysia, Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi PPAP, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan