Ahad, 11 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Semoga MyKomuter dapat ‘memadam penderitaan’ pengguna

Posted:

Semoga MyKomuter dapat 'memadam penderitaan' pengguna

Oleh Hassan Mohd. Noor

HUJUNG minggu lalu, bermulalah perjalanan Tren Enam Gerabak (SCS) atau dikenali juga sebagai MyKomuter. Walaupun hanya baru empat set SCS beroperasi, sekurang-kurangnya sudah nampak 'lorong cahaya' yang bakal memberi harapan baru dan keselesaan kepada pengguna.

Sudah lama pengguna komuter 'menderita' dengan komuter tiga koc yang sering padat dengan manusia, isu kelewatan dan pembatalan tren (tidak mengikut jadual) dan tempoh menunggu yang terlalu lama. Seperti yang pernah diselak dalam beberapa isu Selak sebelum ini (sejak 2009), khidmat komuter ketika ini umpama muatan bas mini suatu masa dulu. Bezanya bas mini berada di atas jalan raya yang memberinya kebebasan bergerak. Jika laluan utama sesak, bas mini akan melencong atau 'mencelah' di tengah-tengah kesesakan.

Pergerakannya lebih pantas walaupun muatannya terlebih. Tetapi pergerakan komuter terbatas di landasan. Jika sesuatu berlaku ke atas landasan atau menghadapi gangguan bekalan elektrik, maka komuter akan 'tersadai' yang secara tidak langsung menjejaskan operasi hariannya. Namun, Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki keadaan walaupun pada masa yang sama pengguna semakin 'terseksa' dengan perkhidmatan yang diberi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Jati sebagai jalur tengah

Posted:

Jati sebagai jalur tengah

SEJAK Jalur Tiga (Jati), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dilancarkan pada 21 Februari lalu, masih ramai yang kurang arif dengan matlamat penubuhannya.

Jati memperjuangkan tiga teras yang membentuk Perlembagaan Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Raja (IMR) serta menjadi pelengkap kepada NGO lain yang mempunyai agenda sama.

Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Naib Presidennya, PROFESOR DATUK DR. SIDEK BABA (gambar) menjelaskan IMR adalah suatu simbiosis yang menjadi tunjang kepada kekuatan umat Melayu

dan tenaga pengimbang yang baik untuk mengekalkan keamanan di Malaysia.

UTUSAN: Dalam senario NGO dan politik yang ada, mengapa Jati muncul di gelanggang?

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan