Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Jangan takut ujian mamogram

Posted:

Jangan takut ujian mamogram

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanktn@gmail.com


SEBAHAGIAN tetamu pada majlis pelancaran Program Gerak Gempur Subsidi Ujian Mamogram di Universiti Malaysia Pahang di Kuantan, Pahang, kelmarin.


KUANTAN 8 Mac - Kaum wanita di negeri ini digalakkan melakukan ujian mamogram bagi melakukan pengesanan awal barah payu dara supaya pencegahan dapat dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, setakat ini hanya 2,213 wanita menjalani ujian itu dan diharap lebih ramai lagi melakukannya.

Menurutnya, ujian itu penting terutama golongan wanita berusia antara 40 hingga 70 tahun yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat penyakit tersebut.

"Justeru itu, saya menyeru golongan tersebut supaya menjalani ujian tersebut di pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di negeri ini," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pahang catat jumlah tertinggi Pusat kawalan SRS

Posted:

Pahang catat jumlah tertinggi Pusat kawalan SRS

KUANTAN 8 Mac - Pahang mencatatkan penubuhan Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) tertinggi sebanyak 29 daripada 90 buah pusat itu di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, pusat kawalan berbentuk kabin itu mampu memuatkan 30 orang dalam satu masa dibina bagi memudahkan petugas SRS berkumpul dan mengatur strategi.

"Saya harap petugas SRS memanfaatkan penggunaan kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu itu sebaik-baiknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pusat Kawalan SRS peringkat negeri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini Ahad lalu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tandas stadium meloyakan

Posted:

Tandas stadium meloyakan

PENGUNJUNG KECEWA
Pahang


Seorang murid sekolah menutup hidung tidak tahan bau tandas di Stadium Mini Jengka, Maran, Pahang, baru-baru ini.


KEJOHANAN Olahraga Sekolah Rendah Zon Gelanggi, Jerantut telah diadakan di Stadium Mini Jengka baru-baru ini melibatkan kategori bawah 10 tahun dan 12 tahun lelaki serta perempuan.

Saya merupakan salah seorang pegawai yang ditugaskan mengendalikan kejohanan tersebut dan telah mengunjungi stadium mini tersebut beberapa kali sebelum ini.

Namun, kehadiran kali ini amat mengejutkan apabila saya melangkah masuk ke tandas lelaki dengan bau yang sangat busuk serta lantai yang kotor sekali gus mencemarkan imej Jengka.

Paling menjijikkan apabila mata terpandang ke arah sinki yang dipenuhi dengan kotoran sehingga meloyakan dan saya terus keluar kerana tidak tahan dengan bau dan sakit mata memandang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan