Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Petunjuk baru ditemui

Posted:

Petunjuk baru ditemui

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff menyampaikan cek sagu hati kepada bekas polis, Mohd. Ali Salleh sambil diperhatikan Lee Joo Lang (kiri) pada Majlis Penyerahan Sagu hati Perkhidmatan Tabung Amanah Warisan Polis kepada bekas-bekas polis zaman darurat di Johor Bahru, Johor, semalam.


JOHOR BAHRU 8 Mac - Polis telah mendapat petunjuk baru yang diyakini dapat membantu siasatan berhubung kes kehilangan kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah di rumahnya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam di sini Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, berdasarkan petunjuk dan bukti kukuh diperoleh pihaknya kelmarin itu, polis juga percaya mangsa yang berusia lima tahun masih hidup.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan tetapi percaya kes itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Dakwaan Kamal Hisham disiasat

Posted:

Dakwaan Kamal Hisham disiasat

JOHOR BAHRU 8 Mac - Polis sedang meneliti dakwaan seorang peguam yang beliau diugut bunuh oleh pihak tertentu seperti yang dimuat turun dalam laman sosial YouTube.

Peguam tersebut, Kamal Hisham Jaafar, 42, memuat turun klip video berjudul Rayuan Seorang Peguam selama kira-kira 10 minit di laman sosial itu Sabtu lalu.

Peguam berkenaan yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM660,000 mendakwa pihak berkenaan mengupah pembunuh upahan untuk membunuhnya.

Kamal Hisham yang kini dipercayai berada di luar negara turut mendakwa mempunyai bukti mengatakan beliau tidak bersalah dalam kes pecah amanah tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli kelmarin mengenai klip video berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan