Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Shahrizat berundur

Posted:

Shahrizat berundur

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


SHAHRIZAT Abdul Jalil sambil meriba seorang kanak-kanak ketika menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI


SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.

Surat mengenai perkara tersebut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Laman sosial platform seks songsang

Posted:

Laman sosial platform seks songsang

KUALA LUMPUR 11 Mac – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.

Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.

Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.

Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pernah nyatakan hasrat berundur

Posted:

Pernah nyatakan hasrat berundur

KUALA LUMPUR 11 Mac - Pengorbanan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April ini tidak akan melemahkan semangat Pergerakan Wanita UMNO Johor.

Ketua Pergerakannya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, keputusan Shahrizat itu dilihat tindakan yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam perjuangan menggerakkan sayap wanita khususnya dalam UMNO.

"Pengorbanan ini tidak sesekali melemahkan semangat kami sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk kami berkorban tenaga, harta dan nyawa demi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sharifah Azizah, Shahrizat pernah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri pada Januari lalu, namun menangguhkannya atas dasar tanggungjawab terhadap parti.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan