Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Usaha kesan 3 suspek dipertingkat

Posted:

Usaha kesan 3 suspek dipertingkat

KOTA BAHRU 11 Mac — Polis masih memburu tiga lelaki disyaki terlibat kes dadah yang melepaskan diri daripada sekatan polis di Jalan Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas, tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka dipercayai masih berada di negeri ini dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan kesemua suspek.

"Dalam kejadian Khamis lepas, dua daripada rakan suspek yang berumur 21 dan 36 tahun ditahan apabila kereta dinaiki mereka terbabas selepas dikejar polis pada kira-kira pukul 9 pagi.

"Sebelum ditahan, kenderaan itu melanggar kaki seorang anggota polis yang cuba menahannya, sebelum pemandu memecut kenderaan dalam usaha meloloskan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Haliludin berkata, penumpang sebelah pemandu dikatakan cuba mengacukan pistol ke arah anggota polis yang menahan mereka sebelum kereta itu dipecut dan terbabas ketika dikejar polis.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

456 murid tahun empat DUN Sura terima e-Book

Posted:

456 murid tahun empat DUN Sura terima e-Book


Ahmad Said (tengah) bermesra dengan dua murid yang menerima e-Book bersama Rosli Mat Hassan (kiri) sambil diperhatikan bapa murid itu di Dungun, semalam.


DUNGUN 11 Mac - Keriangan jelas tergambar pada wajah 456 murid dari lima sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura apabila menerima e-Book yang diagihkan secara percuma kepada mereka kelmarin.

Ia merupakan siri penyerahan kepada semua murid tahun empat di seluruh negeri pada tahun ini dalam usaha kerajaan memperluaskan penggunaannya, selepas murid tahun lima dan enam menerima komputer tersebut.

Selain kandungan buku teks, e-Book antara lain turut dimuatkan dengan bacaan al-Quran, panduan solat dan doa yang menyajikan suasana pembelajaran lebih menarik serta meningkatkan penguasaan teknologi maklumat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menyempurnakan majlis penyerahan itu berkata, ia diperluaskan bagi membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat dan peningkatan kecemerlangan pelajar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Mangsa kebakaran terima bantuan RM10,000

Posted:

Mangsa kebakaran terima bantuan RM10,000

KOTA BHARU 11 Mac - UMNO Bahagian Ketereh memperuntukkan bantuan sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban dua mangsa kebakaran membabitkan rumah kedai di Ketereh, dekat sini Jumaat lepas.

Bantuan tersebut disampaikan secara tunai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Md. Alwi Che Ahmad pada satu majlis ringkas di sini hari ini.

"Setiap mangsa menerima RM5,000. Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban selepas dilanda musibah kebakaran tersebut.

"Sebagai pemimpin masyarakat, walaupun hanya selaku pembangkang di negeri ini, namun kita amat prihatin dengan nasib semua rakyat sebab itu kita sentiasa berusaha sedaya upaya membantu rakyat mengikut kemampuan yang ada," kata Md. Alwi ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lepas, dua mangsa, Rosidah Mohd. Zinon, 33, dan Mohd. Izzat Mohd. Wardi, 24, dikatakan mengalami kerugian hampir RM200,000 apabila semua barang perniagaannya hangus setelah rumah kedai yang disewanya berhampiran pekan Ketereh dekat sini terbakar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan