Jumaat, 9 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Tiga sekeluarga maut nahas

Posted:

Tiga sekeluarga maut nahas


KEADAAN kereta Proton Waja yang dinaiki mangsa selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Gambang, Kuantan, semalam.


KUANTAN 9 Mac - Tiga sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 210.4, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Gambang di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut, pemandu Proton Waja terbabit, Norazman Ibrahim, 43, bertugas sebagai Eksekutif Kualiti Proton di Shah Alam, isterinya, Norhayati Ibrahim, 42, dan anak lelakinya, Akif Iskandar Norazman, 17, manakala anak perempuan mangsa, Nur Rudiana Norazman, 12, cedera dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa sekeluarga yang menetap di Taman Puchong Perdana, Selangor dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Kemasik, Terengganu untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupunya esok.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Budak cedera parah di paha tertusuk kaca

Posted:

Budak cedera parah di paha tertusuk kaca

ALOR SETAR 9 Mac - Cuti persekolahan baru bermula esok namun sebuah keluarga dari Petaling Jaya, Selangor berhadapan kejadian menyedihkan ketika baru memulakan percutian mereka di Pulau Langkawi, awal pagi ini.

Ini kerana, salah seorang anggota keluarga itu cedera parah di paha kanan akibat tertusuk dinding cermin di Jeti Kuala Kedah hari ini.

Foong Chun Yuan, 5, dikatakan mahu ke kaunter tiket di jeti berkenaan selepas keluar dari bilik air di kawasan ruang menunggu sebelum terlanggar cermin itu kira-kira pukul 5.45 pagi.

Menurut bapanya, Foong Kwok Mun, 40, anaknya mungkin tidak perasan cermin kaca tersebut yang memisahkan kaunter tiket dengan ruang menunggu lalu terlanggar kerana ketika itu suasana samar ekoran lampu belum dibuka sepenuhnya.

"Akibat tertusuk kaca itu, paha anak saya mengalami banyak pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan