Jumaat, 9 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Liong Sik diarah bela diri

Posted:

Liong Sik diarah bela diri

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
dan SITI NOORALINA AHMAD
utusankota@utusan.com.my


LING Liong Sik melambai tangan kepada media ketika hadir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membela diri atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung pembelian tanah seluas 335.8 hektar milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) di Pulau Indah, Klang.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat kes prima facie yang perlu dijawab oleh Liong Sik, 69, pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakiman setebal 83 muka surat itu, Hakim Ahmadi berkata, pada pandangan beliau, perbuatan memperdayakan Kerajaan Malaysia oleh bekas menteri Kabinet itu adalah lengkap.

Antaranya menurut hakim itu, adalah jelas bekas Presiden MCA itu tidak mendedahkan nilai tanah tersebut berdasarkan nilai khas oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JJPH), Kementerian Kewangan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kes Altantuya: Mahkamah dengar rayuan 27, 28 Ogos depan

Posted:

Kes Altantuya: Mahkamah dengar rayuan 27, 28 Ogos depan

PUTRAJAYA 9 Mac - Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 27 Ogos ini bagi mendengar rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 38, atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hampir enam tahun lalu.

Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.

Peguam Kitson Foong yang hadir bersama Lim Kon Keen mewakili Sirul Azhar memberitahu pemberita, mahkamah turut menetapkan 30 April ini bagi mendengar notis usul anak guamnya terhadap permohonan memfailkan alasan rayuan tambahan.

Sementara itu, J. Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah turut memaklumkan, anak guamnya diberi tempoh sehingga 19 Mac ini bagi memfailkan petisyen rayuan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan