Jumaat, 9 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RTK untuk generasi kedua Felda

Posted:

RTK untuk generasi kedua Felda

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 9 Mac – Kerajaan negeri akan memajukan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) seluas 131.52 hektar untuk penempatan baru, khususnya bagi generasi kedua di tanah rancangan Felda Padang Piol, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, borang permohonan sudah diedarkan kepada lebih 1,000 penduduk yang terdiri daripada generasi kedua yang sudah berkeluarga pada tahun lalu.

"Projek penempatan baru yang akan dibuka iaitu di Kampung Batu 10, Jalan Padang Piol akan menjadi projek perintis Felda berkenaan untuk mengatasi masalah penempatan dalam kalangan penduduk setempat.

"Felda Padang Piol merupakan tanah rancangan terbesar, menempatkan 664 keluarga peneroka yang kini berdepan dengan kemelut penempatan generasi keduanya.

"Projek ini untuk memberi keselesaan kepada generasi kedua yang sehingga kini menumpang tinggal bersama keluarga di Felda berkenaan," katanya .

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kembara Pemakanan Sihat di Giant Kuantan

Posted:

Kembara Pemakanan Sihat di Giant Kuantan


NOORAINI Baba (dua dari kiri) mendengar penerangan salah seorang pegawai kesihatan sewaktu kempen Promosi Pemakanan Sihat di pasar raya Giant Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 9 Mac - Orang ramai dipelawa mengikuti Kembara Pemakanan Sihat di pasar raya besar Giant di sini pada setiap hari Rabu minggu ketiga setiap bulan bermula bulan hadapan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, objektif utama program itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan pengguna tentang pemilihan makanan yang lebih sihat.

"Kembara ini melibatkan aktiviti jelajah ke lima seksyen makanan di dalam pasar raya tersebut berdasarkan struktur piramid makanan Malaysia. Lima seksyen terlibat adalah beras, buah dan sayur, ikan, susu dan minyak masak.

"Para peserta kembara akan diberi penerangan mengenai keperluan pemakanan, saiz hidangan, khasiat dan kebaikan serta pilihan yang lebih bijak di setiap seksyen yang dilawati," katanya pada majlis pelancaran Promosi Pemakanan Sihat di pasar raya besar itu di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Peneroka tidak patut biar diri diperalat pembangkang

Posted:

Peneroka tidak patut biar diri diperalat pembangkang

KUALA KRAU 9 Mac - Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan/Kampung (JKKR/JKKK) Wilayah Jengka membidas segelintir peneroka yang sanggup diperalatkan pembangkang sehingga tergamak menentang pengurusan Felda.

Timbalan Pengerusinya, Sulaiman Bakar berkata, perkara terbaru yang dimanipulasi pembangkang ialah berkenaan arahan pengurusan supaya peneroka menyerahkan salinan beberapa dokumen termasuk kad pengenalan, hak milik tanah dan buku akaun.

Katanya, hasutan pembangkang itu telah mendorong lapan peneroka Jengka membuat laporan polis di Temerloh meminta pihak berkuasa menyiasat motif arahan pengurusan Felda supaya peneroka menyerahkan salinan dokumen penting itu.

"Sedangkan majoriti peneroka di Jengka menyokong usaha Felda itu bagi mewujudkan pangkalan data dan penyediaan sistem fail peribadi peneroka terkini selari dengan sistem komputer berintegrasi (SKB).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan