Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


'Kediaman kami rosak teruk'

Posted:

'Kediaman kami rosak teruk'

Oleh KAMIL MASLIH
kota@utusan.com.my


Ramli Abu Kassim menunjukkan kerosakan teruk rumahnya akibat banjir kilat yang melanda Lembah Jaya Utara, Ampang, minggu lalu.


AMPANG 13 Mac - Mangsa banjir di sekitar Lembah Jaya Utara meminta bantuan ihsan daripada kerajaan untuk membaiki kembali kediaman mereka yang rosak teruk akibat bencana banjir Rabu lalu.

Seorang penduduk, Ramli Abu Kassim, 62, berkata banjir tersebut telah meninggalkan kesan trauma kepada seluruh keluarganya kerana menyaksikan sendiri separuh daripada rumah kayu mereka dihanyutkan arus banjir.

"Dalam tempoh kira-kira dua jam, air dari sungai naik mendadak dan dinding rumah kami pecah kerana dipukul arus kuat.

"Sekarang ini, keluarga saya tinggal sehelai sepinggang dan kami terpaksa menumpang di rumah anak kerana rumah dan semua barang habis rosak akibat banjir itu," kata pesara polis itu yang telah menetap di Lembah Jaya Utara sejak 40 tahun lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Bank Rakyat hulur bantuan RM1.026j

Posted:

Bank Rakyat hulur bantuan RM1.026j


Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek sumbangan Bank Rakyat kepada Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Mac - Institusi kewangan merupakan antara pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat bagi membantu golongan itu meneruskan hidup.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) mengambil inisiatif berkenaan apabila menghulurkan bantuan RM1.026 juta kepada 3,420 keluarga di kawasan Lembah Jaya Utara dan Hulu Langat yang terjejas teruk.

Bantuan itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Peniaga rayu DBKL bina petak letak kereta

Posted:

Peniaga rayu DBKL bina petak letak kereta

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kerana kasihan melihat kepayahan yang dihadapi pelanggan ketika hendak berurusan, peniaga di sekitar Jalan Leboh Ampang meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat petak letak kenderaan di jalan tersebut.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, baru-baru ini persatuan peniaga di situ telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada DBKL dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, DBKL juga telah mengambil kira cadangan tersebut dan akan mencari penyelesaian terhadap masalah itu.

"Buat masa sekarang, tempat meletak kereta di hadapan kedai mereka adalah untuk lori memunggah barangan sahaja.

"Peniaga mencadangkan agar petak letak kereta dapat dibuat di hadapan kedai mereka dan tempat letak motosikal yang berada di jalan itu dialihkan ke sebelah tepi iaitu di Jalan Gereja," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan