Selasa, 13 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Pengarah NFCorp hadapi 4 tuduhan

Posted: 12 Mar 2012 02:51 PM PDT

MukaDepan

DR Mohamad Salleh (kanan) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan kes pecah amanah, semalam.

DR Mohamad Salleh (kanan) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan kes pecah amanah, semalam.

Pengarah NFCorp nafi pecah amanah RM49.7j

KUALA LUMPUR: Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.

Mohamad Salleh, 64, yang berkot hitam dan bertali leher yang mengaku tidak bersalah menganggukkan kepala tanda faham ketika semua tuduhan dibacakan dan memohon dibicarakan.

Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 13 April ini untuk sebutan kes dan membenarkan Mohamad Salleh dijamin RM500,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan serta memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu kemudian dibebaskan selepas diikat jamin oleh anak sulungnya, Wan Shahinur Izmir, 32. Shahrizat yang berbaju kurung dan bertudung putih turut hadir di mahkamah.

Mohamad Salleh menghadapi tuduhan pertama sebagai pengarah NFCorp yang diamanahkan penguasaan terhadap harta syarikat, pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat cek di CIMB Islamic Bank Bhd, 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara 1 dan 4 Disember 2009.

Wang itu untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit Kondominium One Menerung, parcel nombor B1-1 dan B1-2, Blok B, yang terletak di geran nombor 65152, no lot 56454, Mukim Kuala Lumpur, oleh syarikat dimiliki keluarga tertuduh, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Dia turut menghadapi tuduhan kedua menggunakan harta syarikat berjumlah RM9,758,140 tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu bagi tujuan sama untuk NMLC mendapat keuntungan secara langsung.
Bagi tuduhan ketiga, Mohamad Salleh dituduh pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM40 juta dengan cara memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC di Malayan Banking Berhad, Cawangan Solaris Mont Kiara di sini, bagi kegunaan NMLC.

Selain itu, dia menghadapi tuduhan menggunakan harta syarikat RM40 juta tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu dengan memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC bagi kegunaan NMLC dan mendapatkan keuntungan secara langsung.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009.

Bagi setiap tuduhan pecah amanah, Mohamad Salleh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Bagi setiap tuduhan menggunakan harta syarikat, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 132 (2)(a) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.

Terdahulu, peguam Mohamad Salleh, Badrul Munir Bukhari memohon jaminan RM200,000 terhadap anak guamnya dan tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 terhadap tertuduh selepas mengambil kira nilai harta yang terbabit dalam kes itu.

Dalam rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan, Badrul Munir berkata anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada polis dan pihak pendakwaan sepanjang siasatan kes itu.

"Semua harta dan aset NFC sudah dibekukan dan tiada risiko untuk dibawa ke tempat lain. Mohon mahkamah mengambil kira faktor kes ini mendapat liputan penuh pihak media dan anak guam saya berada di sini untuk membersihkan namanya.

"Keluarga tertuduh hadir memberikan sokongan untuk tertuduh membersihkan namanya," katanya.

Dirang dibunuh, bakar

Posted: 12 Mar 2012 02:44 PM PDT

JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

abdul Karim

Satu lagi cabaran kepada pihak polis Malaysia, Polis Malaysia adalah yang terbaik, kami menunggu laporan siasatan polis, dapatkan si bedebah ini.

shida

saya setuju dengan cadangan ini...Nor Azlin Tawel

salam sejahtera, saya tiada sebarang komen cuma cadangan saya kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan ke kedai atau pergi ke taman permainan kecuali ada pantauan dari abg/kakak/ibu/bapa, ini kerana dalam negara yang aman ini semakin hari semakin banyak kes kehilangan kanak-kanak bawah 12 tahun dan saya harap pihak berwajib menjalankan satu undang-undang, ini kerana kecuaian ibu bapa sendiri yang terlalu anggap mudah, pihak kerajaan telah banyak berusaha dan membantu untuk cegah jenayah tetapi ianya tetap berlaku kerana kecuaian ibu bapa sendiri, memang kemalangan tidak berbau tapi kita boleh berusaha bukankah mencegah itu lebih baik dirawat......

nurul

Al fatihah...semoga ibu Dirang tabah menghadapi cubaan dari Allah ini.Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatau yg hambaNya tak mampu..harap mak Dirang dapat insaf daripada kesalahan yang lalu.orang lain jangan salahkan terlalu salah kan ibu Dirang,setiap orang pernah melakukan kesalahan cuma harap orang lain dapat ambil iktibar daripada kesalahan ibunya sebelum ini.sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

lady j

sememangnya yg paling utama patut disalahkan adalah penjenayah tersebut, tetapi si ibu juga patut dipertanggungjawabkan kerana kecuaiannya dan kelekaannya menyebabkan si anak mati. kalau dia teman anak pi kedai, or better still masakkan sendiri utk anak, takkan berlaku kejadian sebegini.

tapi percayalah, kejadian ni bukan kali terakhir. spt mana berlambak2 kejadian yg serupa berlaku sebelum ni tetapi tak pernah diambil iktibar oleh org ramai. contohnya kes terbaru, or boleh tgk sendiri ramai budak2 kecil jalan kaki berseorangan di tepi jalan raya, taman permainan, kedai runcit dsb tanpa org dewasa menemani.

nanti berlaku lagi kejadian sebegini, percayalah.

aku_achick

aku memang xsangka orang sebegini kejam... tapi aku pelik jugak kenapa mak bapak arwah biarkan arwah yang berusia 5 tahun pegi beli makanan?? mak bapak malas ker?? dah jadi macam ni tau pilak nangis... alfatihah untuk arwah.. semoga dirahmati oleh ALLAH..

ROSMAH

Alfatihah untuk arwah. kejamnya manusia. tegahkan hukum hudud, hukum Allah nescaya terbela . Bunuh di bayar bunuh di khalayah ramai.

ROSMAH

Alfatihah untuk arwah. kejamnya manusia. tegahkan hukum hudud, hukum Allah nescaya terbela. Bunuh di bayar bunuh di khalayah ramai.

rashidah

AL-FATIHAH kepada arwah nadirah...

norlela

utk pengajaran kpd kita jugak sebagai mak bapak.. ada hikmah disebalik yg berlaku.. semoga pembunuh tersebut mendapat hukuman yg setimpal..lepas didunia.. di akhirat belum tentu..

mohd azhar

al-fatihah utk arwah adik Dirang..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..Diharap si pelaku kekejaman ini diberi balasan yang setimpal...

kamaruzaman (papa)

Al-fatihah...apa yang terjadi adalah petunjuk kepada kita yang akan menghadapiNYA. Tiada siapa yang perlu disalahkan dan segala yang sesuatu ada ketentuan.

Fyqa Rahyqa

jangan jadi seorang ibu dan bapa kalau rasa diri belum layak nak lakukan kewajipan seorang ibu dan bapa . anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa .

qaushar ameen

amer khan...maksud azizah atan ialah ibu kepada dirang sedang leka bermain FB semasa anaknya baru bangun tidur dan mengadu lapar. lalu ibunya menyuruh dirang membeli mee segera & telur di kedai secara bersendirian (sdg ibunya masih bermain FB).

itu yg dimaksudkan azizah atan. beliau bukan menuduh, tapi itulah yang dilaporkan media.

kamaruzaman (papa)

Al-fatihah...apa yang terjadi adalah petunjuk kepada kita yang akan menghadapiNYA. Tiada siapa yang perlu disalahkan dan segala yang sesuatu ada ketentuan.

Pembunuhnya patut di kasi kerusi letrik kalau dapat tangkap

Jack

manusia sudah tidak takut dengan Tuhan lagi, mereka melakukan perbuatan ini bersama sama dengan syaitan..katakan kepada mereka azab sedang menanti mereka di kuburan..Nurul Nadirah sekarang ini sedang berada syurga..dan akan menunggu ibunya dipintu syurga, nurul nadirah tidak mahu masuk ke syurga selagi ibunya tidak masuk ke syurga, maka Allah SWT akan memasukkannya mereka semua..

yaminadnan

moral of story...dulu kan anak-anak (keluarga) baru lah buat perkara remeh temeh. gara-gara kelalaian ne, telah mengorbankan seorang kanak-kanak yang belum puas merasai kehidupan. betul2 x logik anak lima tahun disuruh beli barang runcit. memang yang berlalu akan berlalu tapi dalam kes ne ada pengajarannya.apa kata nabil sendiri mau ingatlah...walaumcmpun...alfatihah mmoga2 rohnya ditempatkan dalam orang yang beriman dan orang yang sanggup menganiayah arwah akan mendapatkan balasan yang setimpal maupun di dunia dan akhirat..amin

azlin

x guna nak salahkan ibunya..x guna nak slahkan fb..semua tu da terlambat...adik Dirang dah pun tiada atas bumi ini...manusia zaman sekarang memg da tak de akal fikiran...tak mengapa...si pelaku gembira dengan perbuatannya...walaupun mungkin pihak polis tidak dapat menangkap siapa yang melakukan jenayah ini tp di akhirat nanti dia tidak akan telepas. Ingatla, azab yang akan diterima nanti lebih dasyat dari azab yg diterima di dunia..marilah kt sama2 mendoakan arwah adik Dirang akan tenang di sana. Untuk arwah adik Dirang, walaupun saat kematian mu amat menyakitkan tp percayalah kehidupanmu akan bahagia di syurga.Itulah tempat yang selayaknya untuk mu..Al-Fatihah...

Puan Hendon

Sedih, geram dengan si pelaku terhadap kanak-kanak malang itu. Apa dosa budak tu sampai sanggup dibakar hingga mati. Kalau tak puas hati dengan ibu bapa kanak-kanak itu berterusteranglah bukan kanak-kanak itu tempat nak melepaskan marah dan dendam. Si pembunuh selayaknya kena hukuman gantung sampai mati biar dia tahu siksanya nak mati.

arissya

tak kisah la kedai kt bawah ke..kedai kt sblh umah ke..hatta kedai kt depan umah skali pun...kalo benda nak berlaku..depan mata pun bole..tak penah dgr citer budak kena culik depan mata mak bapa?ni kan plak yg pi kedai berseorangan even kedai tu dekat dgn umah...benda ni harus dijadikan pengajaran..mmg benda dah berlaku...tp kalo tak di amik iktibar..senang la org lain mcm tu..suruh je anak umur kecik pi kedai..kalo ilang..kita jgn salah kan mak bapa..benda dah berlaku kan...terima je ketentuan...kena igt la..anak tu amanah yg Allah dah bagi..kena jaga...kalo sebab yg logik bole la diterima..tapi sebabnya main fesbuk lebih penting dr anak lapa...sampai sanggup suruh anak pi kedai seorg diri..

dyane

aduh...semakin hari ada saja berita yang sedih mcm ne...kenapa manusia semakin rami yangbtdak pakai otak untuk bfikir???

Anil

Semoga kekejaman si pelaku di bawa ke pengadilan.

khaizurah binti muhammad khan

al-fatihah,jagalah amanah allah swt,dgn sebaik mungkin,kelak kita yg akan disoal nanti

juwairiyah binti abdul rahim

Al-Fatihah....semoga kejadian y berlaku dpt memberi pengajaran kpd kite...jngn nk menghadap fb saje...tanggungjawab mesti kite tunaikan...'menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya'...semoge si ibu tabah dlm menghadapi ujian y melanda...wahai, ibu-ibu kakak-kakak abang-abang dan ayah-ayah sekelian...ape y anak anda sdg lakukan awasi mereka...

arissya

amer khan...sila baca berita sebelum2 ni..ibu dia mengaku leka main fesbuk..citernya dirang tgh tdo then dia bgn lapa..so dia minta mkn kt ibu dia...tapi ibu dia sibuk nak berfesbuk sampai sanggup suruh anak 5 thn pegi kedai seorg diri.ibu dia bagi rm4 kat dirang then note tulis megi 2 bungkus n telur rm2...pas tu ibu dia leka main fesbuk sampai terlupa anak tak balik2..suami dia balik ptg tu tanya mana dirang baru dia perasan anak dia tak balik lg..so lain kali cek dulu berita2 sblm ni...kecuaian dan kelalaian seorg ibu menyebabkan anak dia kini dah tak de..mmg ajal maut ketentuan-Nya..tapi kecuaian tu yg tak bole diterima..fesbuk lebih penting dari anak...minta2 dijauh dari aku n dari kita semua...semoga jadi iktibar utk aku n semua..

juwairiyah binti abdul rahim

Al-Fatihah....semoga kejadian y berlaku dpt memberi pengajaran kpd kite...jngn nk menghadap fb saje...tanggungjawab mesti kite tunaikan...'menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya'...semoge si ibu tabah dlm menghadapi ujian y melanda...wahai, ibu-ibu kakak-kakak abang-abang dan ayah-ayah sekelian...ape y anak anda sdg lakukan awasi mereka...

rose

br 5 thn dh disuruh ke kedai,ibu bapa yg sgt cuai mmbiarkn ank yg masih kecil jln berseorgn

HAMDAN

semoga Allah menurunkan azab kepada sipelaku..

maria

Al-fatihah..syurga tempatmu Dirang..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..kepada Azizah atan..jgnla persalahkan ibunya..disaat ini kan baik kalau kata2 semangat diberikan..Malaysia mmg patut melaksanakan hukum hudud..

sesiapa yang melakukan perbuataan ini sepatutnya di balas dengan cara yang sama, semoga rohnya dicucuri rahmat..

AZD

MAJLIS PEGUAM HENDAK HAPUSKAN HUKUMAN MATI...

mie

Al-Fatihah buat adik Dirang, jangan lepaskan binatang yg melakakukan perkara yg binatang pun tidak melakukannya....maka benarlah di dalam kelompok binatang tiada manusia, tetapi di dalam kelompok manusia ada sekumpulan binatang.....

hamba allah

si kecil 5 thun disuruh pergi kedai beli maggi? si ibu di rumah bermain fb?? mmg takdir tiada yg dapat menolak.. namun penyesalan yg tak tertanggung seumur hidup......

Al-Fatihah buat adik Dirang, jgn lepaskan binantang yg melakukan perkara yg binantang pun tak buat ini...maka benarlah didalam kelompok bintang tiada manusia, tetapi dalam kelompok manusia ada sekumpulan binatang....

faiz fairuz

mengapakah ada manusia yang bertopengkan syaitan...?? tergamaknya...

intan emir

Al FATIHAH. dIHARAPKAN SEMUA PIHAK MENGAMBIL IKTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU.

hamba allah

si kecil 5 thun disuruh pergi kedai beli maggi? si ibu di rumah bermain fb?? mmg takdir tiada yg dapat menolak.. namun penyesalan yg tak tertanggung seumur hidup......

annsniel

sampai hati org yg sanggup membunuh budak tu...

rashidah

AL-FATIHAH kepada arwah nadirah...

Nora

Semoga si ibu diberi kekuatan dan ketabahan menerima dugaan yang teramat ini. Allah aje tahu bagaimana perasaan keluarga ini. Ya Allah hamba yang membaca ini pun tak tertahan sebak dan seksanya apalagi keluarga anakanda dirang terutamanya si ibu. al fatiha...

serindet_crew

takziah kita ucapkan

Zuraina Bt Zulkifly is playing poker!

sampai hati kamu buat dia mcm tu...ya allah kupohon dari berilah azad kepada sipelaku tu seadil adilnye....engkau bakar lah sepelaku itu di dunia sekrg ni

zafiera eya

AL-FATIHAH KPD ARWAH ADEK DIRANG YG DITEMUI MATI.,,APA SALAH APA DOSANYA BDAK SEKECIL ITU SAMPAI DIBUNUH KEJAM...NAUZUBILLAH...

adrina

Kejamnya manusia ni, perangai mengalahkan binatang!. Ya, Allah... apa nk nk jadi dgn dunia skrg ni. Al-Fatihah.

Cik Jue

Al -Fatihah....
kesian anak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia...

roslan

Al fatihah buat arwah.
Semoga tertangkap tertuduh dan kita patut hukum dia bakar hidup-hidup sebagaimana dia boleh buat pada arwah.

MAIL

AL-FATIHAH semuga dicucuri rahmat keatas roh adik Nurula Nadirah, kpd keluarga terimalah ini sebagai sesatu musibah dari kelalaian kita sebagai insan yg kurang perihatin terhadap persekitaran dan keselamatan, bersama kita renungkan peristiwa ini sebagai suatu perlajaran jgn adaikan keselamatan anak-anak kita.

Rosnita haji Ahmad Kasrin

Semoga penjenayah berhati binatang ini akan mendapat pembalasan yang setimpal di dunia dan akhirat. AlFatihah....

Mzz

Benda dah jadi tk bleh nk salahkan sesiapa. Tapi iktibar pada ibu bapa jgn sekali2 membiarkan anak kecil kita ke kedai atau padang permainan atau kerumah kawan2 seorang diri. Zaman sekarang apa pun bleh berlaku. AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ADIK DIRANG. Semoga dia bahagia di Syurga Allah.

MYEMYE

AL fATIHAH UNTUK NADIRAH, SEMOGA SI PELAKU MENERIMA BALASAN SETIMPAL DARI ALLAH S.W.T

Eila Cyromaster

al-fatihah untuk arwah adik nur nadirah.....
apa lah salah dan dosa anak sekecil ini..?
sungguh tiada hati perut n sifat kemanusiaan pada org yg melakukan ini pada arwah...
semoga org yg melakukan jenayah ini dapat di temui dan menerima hukuman yg setimpal atas perbuatan nya....
Amin

Adeq Noty

Takziah Saya Ucapkan Kepada Ibu Dirang. Saya Harap Puan, Banyakkan Bersabar, Ini Ujian Dari Allah S.W.T Kepada Hambanya.

Kepada Si Pelaku:
Ingatlah, Hukuman Didunia Ini Masih RINGAN. Tapi Hukuman Disana Kelak, Lebih Teruk... Tak Kisah Si Pelaku Itu Agama Apa... Tiada Agama Yang Mengatakan Membakar/Membunuh Manusia Yang Tidak Berdosa Itu Boleh (Terutama Kanak-Kanak).

iza

Takziah kepada keluarga dirang...semoga rohnye ditempat org2 yg beriman...

Tn. Hairi

Takziah pada keluarga adik Dirang,semoga allah akan membalas perbuatan pelaku berhati iblis. Al Fatihah..

Aznan

Al-Fatihah kepada keluarga mangsa !!!Supaya rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya, Amin

zulaiqa

al-fatihah kepada adik Dirang. pembunuuh kejam ni patut dicari dan dihukum.

abc

dunia sekarang ni ramai sgt orang sakit mental..amat menakutkan..

alice

tidak dapat membayangkan penderitaan yang dilalui anak kecil ini....sungguh menyayat hati.kepada manusia bertopengkan setan yang melakukan perbuatan ini,...tunggu balasan anda.

mael

azizah atan:apa kena mengena dengan taksub dengan fb...ini dinama kan takdir hany ALLAH je tau apa yang tersirat dan tersurat....

sayang

Al-Fatihah..semoga kita semua sedar n ambil pengajaran drpd tragedi ini..jgn dipersalahkan si ibu..kerana semua ini ujian Yg Maha Esa..

FAKHRIYAH BT. OTHMAN

al-fatihah kepada arwah nadhirah..moga rohnya dicucuri rahmat

sakata Gin

al-fatihah..:(

putri aisyah

al-fatihah buat arwah adik dirang dan takziah buat keluarganya..diucapkn smga ibunya tabah hadapi dugaan ini.sesungguhnya anak yg diambil Allah itu sejahtera kedudukannya dan berbahagia di sisi Allah SWT..berharap agar pelaku jenayah ini akn mndpt blsn setimpal!!ALLAHUAKBAR!!

ZAC

kenapa harus ada manusia seperti begini ... cuba la kalu berlaku dgn hibup penjnya tu apa dia rasa kalu anak dia kena buat mcm tu.. mukin dia hppy kot sebab dia tu edak ada hati .. semoga arwah bersamadi dgn aman di sana .. saya berdoa kepada ALLAH LAKNAT TU ORANG .. SENSARA KAN HIDUP NYA DAN TUTUP REZKINYA DAN SEMOGA ALLAH BUKA HATI NYA KEJAM ITU ... AMIN ...

ammie

knapa dibiarkan budak 5 tahun pergi ke kedai tanpa berteman?...zman sekarang ni x bole leka, penjenayah cepat sahaja..apapun, takziah buat keluarga..Pembunuhnya akan dapat balasan dunia & akhirat..al-fatihah buat adik nurul

ayu

Ya Allah...apalah nasib malang si kecil itu menjadi mangsa...trgamaknya si penjenayah itu membunuh sehingga sanggup membakar...Al-Fatihah ...semoga roh si kecil Nadirah aman di sana...

A.Aziz b. Mohamed

Salam,buat keluarga Arwah ucapan takziah semoga tabah menghadapi qada & qadar Allah yang Esa.Pelaku pasti dapat di kesan dan menerima balasan dunia & akhirat.InsyaAllah.Amin.

zulaiqa

al-fatihah kepada adik Dirang. pembunuuh kejam ni patut dicari dan dihukum.

sweet naniey

atas alasan apa gak drg buat camni.. gila ke ape?,apala salah budak tu? smpai dibakar..

shanna moakler

aku sumpah org yg bakar DIRANG !!!!

Liza Tahir

anak umur 5 tahun mana boleh pegi kedai sorang-sorang. Pulak tu rumah flat. Kena turun bawah lagi. Cuba anda bayangkan, pada zaman yang orang sudah tidak ada perikemanusiaan, anak umur 5 tahun dibiarkan pergi kedai seorang!!! Sy terbayangkan budak tu tentu lapar, tu la psal pi kedai beli maggie. Sy yg anak umur belasan pun takut nk lepas anak seorang kekedai. Takpa la nnti mak dia ada masa lagi la nk ber FB...

mis wahidah

al-fatihah..
takziah buat keluarga arwah . minx2 Allah permudahkan urusan p0lis mencari pembunuh arwah. kesian budak2 , xkan xde prasaan kesian .

pippo

Al fatihah...moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dirang. Pada pembunuh,tempatmu adalah neraka jahanam.

juzlien

amer khan,mmg ibu ngh layan fb masa ank die g beli telor ngn meggi,budak kecik lau bleh jgn la suh g kedai sensorang walaupon da bisa tempat tu..tp benda dah jd..so kita beringat la tuk diri sndiri...

Rizal Romeo Anaz Hassan

jgn kita menunding jari menuduh kecuaian keluarga arwah semata-mata. apa yg terjadi adalah suratan takdir dr Allah SWT. kita sbg umat islam banyakkan berdoa agar pesalah kejam itu dihukum setimpalnya di dunia dan akhirat. amin.

ima

ingt dgn bakar blh ilang bukti..otak pendek la,zmn skrg da canggih ley detect bukti,gn DNA je.hukum akhirat lg la xley lari.smoga si peslh dpt hukmn setimpal n peroleh hidayah.

Haslisah

Ya Allah, anak ini sudah tentulah syurga di sisiMu. Wahai manusia kalian adalah seumpama binatang ternakan bahkan lebih sesat dari itu...Nauzubillahi min zalik

Beelindabaharudin

Alfatihah, saya sendiri menangis melihat ibu mangsa meraung atas kejadian malang yg menimpa dirand..yg menjadi tanda tanya nye skrg mengapa bapa kandung mangsa turut direman???

fateha soleha

MASYAALLAH..syurga tmpat ng dirang.seorang yg snggup mencederakan seorang kanak2 adalah mereka yg mmg xda hati perut.tiada sifat seorang manusia di dlm nye.mereka mglarkan dri manusia tp sbnarnye dajal.byangkan seorang kanak2 yg suci yg x bt pape dosa bile kite lihat saja wajah nye kite sudah sayu dan syg jauh sekali utk mencelakainye,mereka yg mencelakai kanak2 ini sbnarnye syaitan.

rizalromeo

jgn kita menuding jari menuduh keluarga arwah lalai. apa yg terjadi adalah kehendak dan takdir Allah SWT. kita sbg umat islam perlulah berdoa agar pesalah kejam itu dihukum dgn hukuman yg setimpal di dunia dan akhirat. amin.

faizal bin buang

AL-FATIHAH untuk Nurul Nadhirah,takziah buat keluarganya, semoga tabah dengan ujian Allah.

suzana

Al - fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat. amin...

jessie hamid

Al-Fatihah buat adik Dirang dan salam takziah buat Pn Roselyn sekeluarga ... semoga Pn Roselyn tabah menghadapi ujian ini.. Amin.....

hasnul

AL-FATIHAH.....saya sangat sedih membaca akhbar hari ini.....dan saya harap sipelaku itu akan menerima balasan yang seadilnya dan sewajarnya ....geram sangat sampai tak tahu apa yang hendak di tulis....saya harap Ibu Dirang banyak banyak bersabar dan sentiasa ingatkan ALLAH s.w.t. ....

zdean

Kejam. Mereka yg melakukan mesti menerima hukuman setimpal. Alfatihah...

dina

menitis air mata mengenangkan nasib adik ni...kenapa manusia semakin kejam.....moga jd pengajaran pd kita suma...

Elle C.

Amer Khan, kalau anda baca berita penuh mengenai hal arwah adik Dirang, anda akan tahu kena Azizah Atan menyatakan sedemikian. Ibu arwah sendiri yg mengaku bahawa dia hanya sedar kehilangan arwah setelah tidak melihat kehadiran anak nya sedangkan kedai hanya berhampiran dgn tempat kediaman. Ibu arwah menyalahkan diri nya sendiri tetapi siapa kita untuk menghukum. Mungkin sudah ketentuan. Kita sama-sama berdoa agar roh adik Dirang tenang.

Eima othman

Al-fatihah,salam takziah pada keluarga adik nadirah.kes separti nie menjadi iktibar pada keluarga di luar sana,begitu juga pada saya yg mempunyai anak2 kecil lagi.pembunuh semakin kejam,apa salah dan dosa adik nadirah sampai sanggup membunuh dan membakar,dunia ini hanya pinjaman,beri la hukuman setimpal.

Nor Azlin Tawel

salam sejahtera,saya tiada sebarang komen cuma cadangan saya kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan ke kedai atau pergi ke taman permainan kecuali ada pantauan dari abg/kakak/ibu/bapa, ini kerana dalam negara yang aman ini semakin hari semakin banyak kes kehilangan kanak-kanak bawah 12 tahun dan saya harap pihak berwajib menjalankan satu undang-undang, ini kerana kecuaian ibu bapa sendiri yang terlalu anggap mudah,pihak kerajaan telah banyak berusaha dan membantu untuk cegah jenayah tetapi ianya tetap berlaku kerana kecuaian ibu bapa sendiri,memang kemalangan tidak berbau tapi kita boleh berusaha bukankah mencegah itu lebih baik dirawat......

zuraini

ajal maut ditgn tuhan,, segala yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. al-fatihah buat keluarga adik dirang,semoga tabah menghadapi segala ujian yg datang menimpa,, pengajaran buat kita yg masih hidup,,jgn terlalu leka dgn kealpaan dunia.. maut dimana2 sahaja..semoga ALLAH mencucuri rahmat buat ALmarhumah adik dirang :'(

hani nordin

Subhanallahhhh... moga keluarga arwah tabah hadapi semua ini. kepada arwah pulak, sudah tenangla dia dr penyeksaan yang ditanggung di alam kubur al-fatihah! dan kepada si penjenayah yg zalim mengalahkan firaun tuh! adalah balasan nanti buat engkau!!!! jgn kau igat di dunia ni kau hidup saje x mati2.. Allah Maha Berkuasaaaa

zuraini

ajal maut ditgn tuhan,, segala yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. al-fatihah buat keluarga adik dirang,semoga tabah menghadapi segala ujian yg datang menimpa,, pengajaran buat kita yg masih hidup,,jgn terlalu leka dgn kealpaan dunia.. maut dimana2 sahaja..semoga ALLAH mencucuri rahmat buat ALmarhumah adik dirang :'(

hani nordin

Subhanallahhhh... moga keluarga arwah tabah hadapi semua ini. kepada arwah pulak, sudah tenangla dia dr penyeksaan yang ditanggung di alam kubur al-fatihah! dan kepada si penjenayah yg zalim mengalahkan firaun tuh! adalah balasan nanti buat engkau!!!! jgn kau igat di dunia ni kau hidup saje x mati2.. Allah Maha Berkuasaaaa

hani nordin

Subhanallahhhh... moga keluarga arwah tabah hadapi semua ini. kepada arwah pulak, sudah tenangla dia dr penyeksaan yang ditanggung di alam kubur al-fatihah! dan kepada si penjenayah yg zalim mengalahkan firaun tuh! adalah balasan nanti buat engkau!!!! jgn kau igat di dunia ni kau hidup saje x mati2.. Allah Maha Berkuasaaaa

laila

Hukuman mati dimalaysia tidak boleh dimansuhkan. Mati hukumannya mesti mati juga

KAMARUL HIZAM BIN AB SAMAD

astaghfirullah...semoga pembunuhnya mendapat balasan di dunia dan akhirat..

Cik Atyn

Moga pembunuh tu mendapat balasan yg SETIMPAL dgn apa yg dia telah lakukan!!!!
Kpd family arwah adik Nurul .. takziah... (Innalillah wainalilahi rojiun)

rohu

amer khan, guna otak sebelum marah orang lain. dalam perkara ini memang lah arwah pegi beli brg d kedai bdekatan sbbnya arwah lapar. ibu arwah asyik berFB dan tak sediakan sarapan sampai bagi kepercayaan penuh dengan keadaan sekeliling. arwah cuma 5 tahun mana boleh biar pergi sorang2 dan susah sangat ke nak sediakan sarapan???

luthfe rafar

takziah buat klrga arwah adik nurul. Kepada yang ada anak, jagalah anak anda baik2. Jgn biarkan bersendirian diluar rumah, apatah lagi menyuruh membeli barang pada usia semuda itu. jgn harapkan org2 sekeliling utk memerhati mereka. Bila dah hilang mula nak menyesal, salahkan org itu, org ini. Ingatlah, anak itu amanah Allah s.w.t kepada manusia. Kebanyakan kes kanak2 hilang berlaku disebabkan sengaja dibiarkan. Penjenayah dgn mudah mengambil kesempatan, berikutan masyarakat hari ini yang kurang perdulikan org lain, wlpun sebangsa.

nawawi

Alfatihah buat adik dirang, moga rohnya dicucuri rahmat. kepada keluarganya sabarlah dan tabah menghadapi dugaan besar ini. kepada kita semua seluruh rakyat malaysia harus mengambil iktibar atas kejadian ini. anak-anak kecil tidak mengerti apa-apa terutamanya kemungkinan berlakunya musibah kepada dirinya. sebagai masyarakat yang lebih dewasa haruslah memberi perhatian kepada mereka. dunia akhir zaman ini memungkinkan ramai manusia yang tidak boleh berfikiran waras dan baik untuk membawa kebaikan kepada manusia lain.

ellyna

azizah atan dari mana awk thu yg ibunya main FB? Atau awak kenalan rapat ibu arwah? Takziah bt keluarga Adik Dirang.

arezly

binatang pun sayang akan anak2 nya...takkan manusia pun dah teruk dari binatang?...pesalah berlu dihukum gantung sampai mati

wady

kejamnya manusia zaman moden ni.lebih dari binatang.ni semua penangan dadah dan bahan lucah.tolongla pihak berwajib dan masyarakat.ini bukan kejadian pertama.smga tertangkap penjenayah haiwan ini..kepada keluarga arwah.bykn bsabar dan tabah.Al-Fatihah wat adik Nurul nadirah

mohd zaimi abdullah

sayu sangat...

Zam

Kalau undang2 hudud diimplimentasikan di Malaysia, barulah pembunuh tersebut dapat hukuman setimpal... Takziah kepada keluarga Dirang.

love

Mengenai komen AZIZAH ATAN, org dlm kesedihan bleh plak ckp mcm tu komen gna otak bkn lutut! Al-Fatihah buat adik Dirang..utk kluarga arwah takziah! Allah swt sdg menguji..

arezly

binatang pun sayang akan anak2 nya...takkan manusia pun dah teruk dari binatang?...pesalah berlu dihukum gantung sampai mati

marze

kita sebagai insan manusia harus sentiasa sabar dengan dugaan ...pasti ader hikmah buat semua rakyat M'sia dengan aper yg sudah berlaku...Allah swt shj yang Maha mengetahui...Al Fatihah Buat adik Dirang...Allah menyayangi kamu

bo tak

inilah manusia sehingga punyai persaan yg busuk lagi dengki...hanya bertatahkn hati iblis sehingga sanggup perlakukan sebegitu...pembunuh harus mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang terjadi...al- fatihah untuk dirang

Maz

Al-fatihah..... banyak bersabar dan tabahkan hati demi anak-anak yang masih ada.....

el hafeez

Bilakah lagi saya dapat melihat si pembunuh tersebut dibalas bunuh dengan hukuman Qisas...

Nyawa dibalas dengan nyawa...
Bukan dengan penjara bertahun-tahun dengan membiaya makan minum 'mereka'.

Eliseus

Jadikan satu iktibar untuk kita semua. jangan biarkan anak-anak berjalan bersendirian walaupun dalam jarak dekat dari rumah kerana musuh ada di mana-mana.TAkziah kepada keluarga mangsa.

Agnes Ahim

KPd ahli keluarga arwah dirang banyak-banyak bersabar-sabar semoga roh nya tenang disana dan semoga sipilaku dapat ditangkap dan diadili seadil-adilnya .

Miracles Queen

Kecelakaan yang berlaku bukan dirancang semuanya adalah ketentuan ilahi, kita manusia tidak mampu untuk lakukan apa-apa cuma kita kena sentiasa berhati-hati dan peka dengan isu-isu semasa, apa yang berlaku itu semua bukan kehendak kita, marilah kita sama-sam membaca Al-Fatihah.

azril

Al fatihah buat keluarga Dirang....Sesungguhnya, Allah S.W.T berhak ke atasnya, redha.....

abdul rashid ahmad

jangan nak salahkan semuanya pada ibu mangsa. tak payah nak ungkit ketaksuban FB. masyarakat kita sebenarnya telah hilang nilai-nilai kemanusiaan. 30 tahun yang lalu terlalu jarang dan hampir tidak pernah berlaku perkara seperti ini. anak-anak jiran kita sama-sama menjaga dan mengambil berat. sekarang apa nak jadi? masyarakat kita dah hilang nilai-nilai kemanusiaan.

wahida

kembali kita kepada menjaga sesama jiran mcm zaman 60an dulu, bila berjauhan dari saudara mara, jiran adalah waris yg terdekat kita ada, zaman sekarang saya tengok semua jiran pejam mata buat hal masing2...bila kejadian mcam ni sapa yg patut d salahkan ??? kuat kan semula hubungan kejiranan kita...

Norkiah binti Kason

Semoga ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa,agar jangan leka dengan kemudahan elektronik yang ada hingga cuai menjaga kebajikan anak sendiri. Semoga Allah melaknat orang-orang yang tak berperi kemanusiaan hingga sanggup berlaku kejam sebegitu terhadap anak kecil. Orang-orang yang terlibat dalam kes ini sepatutnya menerima hukuman yang setimpal dengan kekejamannya.

wahida

kembali kita kepada menjaga sesama jiran mcm zaman 60-an dulu, bila berjauhan dari saudara mara, jiran adalah waris yg terdekat kita ada, zaman sekarang saya tengok semua jiran pejam mata buat hal masing2...bila kejadian mcam ni sapa yg patut d salahkan ??? kuatkan semula hubungan kejiranan kita...

mala romzie

AL-FATIHAH...:(

Nurul Iman

al fatihah kpd arwah nadirah . . .

SadianaDiana

apa salah apa dosanya sampai dia dibunuh kejam. Cari pembunuh smp dpt dan jgn lepaskan dia dengan hukuman yg ringan....

mala romzie

AL-FATIHAH...:(

Alan

Penjenayah semakin kejam....tidak berhati perut...b'sama2 kita memerangi jenayah...al-fatihah buat keluarga dirang...

nur syakinah

apalah salah seorang anak kecil yang tidak berdosa dilakukan seperti ini...di manakah perginya sifat kemanusiaan pada masa kini...apakah mereka tidak terfikir jika suatu hari nanti akan berlakunya perkara yang sama pada keluarga mereka nanti...sedih dan hiba apabila membaca berita ini...alfatitah untuk adik dirang...

amer khan

azizah atan, knpe kecuaian & kelekaan plak?? aruah hilang semasa hendak beli brg di kedai berdekatan dgn umah aruah.. cube guna otak cikit sblum nak k0men.. jgn nak menuduh jer..

Ummie sofea

Al fatihah untuk nurul nadhirah.. Pastinya arwah telah ada tempat yang mulia di sisi allah.bagi mereka yang melakukan, terimalah balasan dpd allah kelak. Anak yang tidak berdosa itu bakal menuntut haknya di padang mashyar kelak. Buat ibu, sabarlah kerana puan telah allah pilih untuk terima ujian ini, dan puan telah ada saham untuk menghadap allah satu masa nanti. Saham ini, insyallah akan membantu kita di mahkamah allah. Amin....

Ujangsabah

Doakan kesejahteraan untuk adik ini dan keluarga yg ditinggalkan. Doakan juga balasan dan laknat kepada penjenayah itu dan hentikan hentaman kepada ibunya...cukuplah dengan deritanya kehilangan anak itu..tidak terjadi pada kamu, apa kamu tahu.

Noorme Musa

Al-Fatihah utk arwah....moga rohnya dicucuri rahmat.....moga ibunya tabah hadapi ujian dari Allah SWT....

emma

jangan menunding jari pada keluarga ini, terutama siibu. Sama-sama kita berdoa dan sedekahkan alfatihah kepada anak yang tidak berdosa ini. Semoga ibu Dirang, tabah dan kuat hadapi dugaan dari Allah swt ini.

haraza

Manusia telah memasuki alam jahiliah semuala. Ibunya tidak boleh disalahkan 100% kerana beliau tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku. Siapa yang sangka anak yang turun ke bawah untuk ke kedai runcit di tingkat bawah akan hilang. Semuga menjadi iktibar dan pengajaran kpd semua kerana manusia berhati binatang dan musang berbulu ayam tidak mengenal usia dan jantina. Berhati2lah.

Jay junoh

Ini kerja manusia berhati binatang yang tak tau hukum agama, apa lah salah budak yang berumur 5 tahun, pantau

zamri mry

apalah dosa dgn kanak2 yg x bermaya ni.....

Musliha md yunos

Takziah utk keluarga dirang..
Utk org yg melakukan perbuatan yg tk berperikemanusiaan tu,pk2 kan la jika ianya berlaku pd ahli keluarga anda..utk yg bersalah diharap dpt dihukum dgn sewajarnya..

Jay junoh

Ini kerja binatang yang tiada hati perut, tangkap dan kenakan

Asneh Zakaria

Pembunuh harus dibakar juga.

banyak gila ini orang..ada sakit mental ke pe -,- huh g jahanam sama pelakunya

amir

takziah kepada keluarga dirang atau nama sebenarnye nurul nadhirah.AL-FATIHAH BUAT ADIK dirang

annacomel

hidup seperti kelompok haiwan di padang savana..

aswad

astaghfirullah...semoga pembunuhnya mendapat balasan di dunia dan akhirat..

halim mahayadin

kpd semua anda yg bersimpati bersepakatlah kita bersedekat alfatihah kpd aruah Dirang...semuga menjadi iktibar kpd semua ketua keluarga supaya peristewa spt ini memerlukan banyak kesabaran & tidak bertindak menurut perasaan...wallahuallam bissawab

azizah atan

kecuaian dan kelekaan seorang ibu yg membawa penyesalan sepanjang hayatnya.
Inilah antara bahana jika terlalu taksub dengan FB, sehingga gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorg ibu.

mohamad zaid

Apa dah jadi dengan sipelaku tersebut. Binatang lagi kita pelihara. budak ini sudahlah dibunuh dan dibakar lagi. kejam dan durjana sungguh orang yang melakukannya. sentiman ini akan memberi gambaran bahawa betapa kacaunya jiwa sipelakunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan