Jumaat, 9 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Gagal kutip sampah, tiada lori

Posted:

Gagal kutip sampah, tiada lori

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 9 Mac - Kira-kira 15 sehingga 20 peratus kontraktor pengutipan sampah yang baru dilantik di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mungkin ditamatkan perkhidmatan jika didapati terus gagal melaksanakan tugas sebagaimana yang diamanahkan.

Ini bermakna jika di sesebuah PBT seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah melantik 50 kontraktor, sebanyak lapan hingga 10 daripada kontraktor terbabit bakal ditamatkan perkhidmatan.

Tiga PBT disenaraikan menghadapi masalah pengutipan sampah yang teruk ialah Selayang, Petaling Jaya dan Subang Jaya manakala Sepang dan Hulu Selangor tidak menghadapi sebarang masalah.

Pelantikan kesemua kontraktor berkenaan baru dibuat oleh PBT di negeri ini pada 1 Mac lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kesemua kontraktor berkenaan yang telah dikenal pasti oleh pihaknya diberi tempoh sehingga minggu depan untuk memperbaiki prestasi mereka.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Insentif kepada yang bayar sewa tepat masa

Posted:

Insentif kepada yang bayar sewa tepat masa

KUALA LUMPUR 9 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menwujudkan satu skim insentif khas bagi menggalakkan penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) membayar sewa rumah tepat pada masa.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pada masa ini skim tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan.

Antara insentif yang dipertimbangkan ialah pemberian rebat sewa sebanyak sebulan atau setengah bulan kepada penyewa yang membayar sewa penuh untuk setahun, katanya.

"Cara ini dapat menggalakkan orang ramai membayar sewa rumah mereka di samping dapat mengelakkan berlaku tunggakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi road show skim pembiayaan khas penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) di Dewan Komuniti Lembah Pantai di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

JPS digesa atasi segera masalah banjir di Hulu Langat

Posted:

JPS digesa atasi segera masalah banjir di Hulu Langat


JOHAN Aziz (tiga kanan) mengagihkan botol minuman kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara berikutan kejadian banjir kilat yang melanda Hulu Langat, Selangor, kelmarin.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa segera membina kolam tebatan banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat bagi memastikan masalah banjir di kawasan itu tidak berulang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab membina kolam berkenaan sekali gus meletakkan penduduk terus hidup dalam kebimbangan.

Beliau menjelaskan, pihaknya memahami kemungkinan banyak isu timbul termasuk pengambilan tanah yang merupakan di bawah kuasa kerajaan negeri dan soal pembayaran pampasan sekiranya pembinaan diteruskan, namun kepentingan rakyat harus diutamakan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan