Jumaat, 9 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Gaji, COLA naik

Posted: 08 Mar 2012 11:28 AM PST

MukaDepan

NAJIB memberi ucapan pada Perhimpunan Khas Kakitangan Awam dengan Perdana Menteri di PICC, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

NAJIB memberi ucapan pada Perhimpunan Khas Kakitangan Awam dengan Perdana Menteri di PICC, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PM umum pemansuhan SBPA, Sistem Saraan Malaysia ditambah baik

PUTRAJAYA: Berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam apabila kerajaan semalam mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, selain kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA).

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 1 Januari lalu tetapi banyak menimbulkan kontroversi, dibatalkan. Kerajaan memutuskan penggajian kakitangan awam dikekalkan di bawah sistem Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.

Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.
Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.

Ia antara tujuh keputusan diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri 15,000 penjawat awam, semalam.

Najib berkata, kerajaan faham SBPA mengundang keresahan, terkilan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam walaupun ia komited untuk mempertimbangkan semakan semula, pelarasan gaji atau satu bentuk saraan baru bagi menggantikan SSM pada tahun ini.

"Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi mereka (penjawat awam), sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah penjawat awam menerusi wakil mereka, CUEPACS, maka kita mengambil keputusan pada 12 Januari lalu supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan, dikaji semula," katanya.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang diambil kerajaan itu adalah berdasarkan kepada saranan CUEPACS berkaitan saraan penjawat awam serta implikasi kewangan kerajaan yang mungkin terbabit.

"Anggota perkhidmatan awam adalah tiang seri keramat kerajaan, sebaik mana pun dasar digubal, betapa manfaat pun dasar digubal, ia tidak akan bermakna jika pelaksanaannya tidak berkesan atau tidak cekap (kerana) peranan penjawat awam sebagai pelaksana dasar adalah amat penting," katanya.

Beliau berkata, kerajaan peka dan prihatin dengan isu saraan yang dibangkitkan oleh penjawat awam yang menyaksikan semakan semula gaji perkhidmatan awam secara berkala dan yang terakhir dilakukan pada 2007 membabitkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus.

Najib berkata, dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang perlu mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi pada masa sama faktor lain terutama keupayaan kewangan kerajaan, tidak diketepikan.

"Kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk bersama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu walaupun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global," katanya.

INFO: Keputusan lain yang diumumkan Perdana Menteri

  • Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.
  • Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.
  • Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    KAMARIAH BT ABU MANSUR

    TERIMA KASIH PM...SYUKUR KEPADA ALLAH...TERUSKAN KERJAYA KAKITANGAN AWAM...USAH TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PEMBANGKANG...PEMINPIN KINI DAH CUKUP CEMERLANG...

    Mohd asri Said

    terima Kasih PM. Syukur kerana prihatin kepada kami....

    Mohd asri Said

    terima Kasih PM. Syukur kerana prihatin kepada kami....

    mkb

    mengapa elaun pedalaman tidak semua agensi yg dpt..sekurang-kurangnya dpt mengurangkan beban kami yg bekerja di kawasan pedalaman..d

    Ismail che daud

    TERIMA KASIH PM DIATAS KEPERIHATINAN KEPADA PENJAWAT AWAM. SEMOGA DENGAN PELARASAN GAJI YANG LEBIH BAIK INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI SEMANGAT KITA UTK BEKERJA.SYUKUR ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH PM

    fazreena

    syukur alhamdulillah n terima kasih byk2 pd kpimpinan PM ats kenaikan yg diberi..kpd semua penjawat awam tingkatkan mutu kerja, permintaan telah dipenuhi..bersyukurlah dgn apa yg bakal dapat..jgn imbuhan dh dpt tp mutu kerja msh lg ditakuk lama..berubahlah..kpd yg tak reti2 nk bsyukur tu, muhasabah diri..lihat kenaikan yg diberi tu sejajar tak dgn pkhidmatan yg diamanahkn pd kita..jgn hanya mcari peluang dan ruang utk mempertikai n mcipta isu. MATLAMAT KERJA DIDAHULUKAN MUTU PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN

    ABU BAKAR MAT SAFAR.

    Tahniah kepada Kerajaan dan Kakitangan Awam, CEUPACS dan JPA serta Jawatankuasa Khas. Seterusnya untuk masa depan perlu dikaji bagaimana kita boleh satukan semuanya dibawah satu skim sahaja supaya semua bidang pekerjaan boleh jadi KSU, contoh Dr, Ir, Pensyarah, guru, profesor dll. Skim sekarang tak boleh jadi begitu. Ini membolehkan semua profesional diberi peluang sekiranya performance baik dan ini membuka ruang kepada perkhidmatan awam yang lebih efisyen dan terbuka seluas-luasnya, namun masih dalam kawalan mengikut prosedur yang boleh ditetapkan bersama...wallahuaklam.

    an

    trima kasih pada PM. untuk semua kakitangan awam tahap kulaiti kerja perlu ditingkatkan agar seiring dgn kelebihan yg diberi

    caireldaniel

    Aku rasa istilah COLA naik tak kena sebab macam menggambarkan COLA di semua kawasan naik... Padahal yang naik hanyalah COLA di Kawasan B dan C sahaja... Yang dikawasan A tak berubah... Bila la nak review ITP pulak... Mana ada sewa rumah RM180 dah sekarang ni... Bilik saja pun dah RM200...

    harper sarawak

    sarawak & sabah tak ada Elaun COLA... adilkah? wajar kah elaun tersebut di naikkan? sepatutnya elaun perumahan di naikkan, coz smua penjawat awak ada elaun tersebut tambahan pula harga rumah yg semakin mahal... fikir2 kan lah.

    shahrizal

    "banyak tak banyak sikit pun tak sikit elok ada dari tak ada langsung.terima kasih PM,ada rezeki tambah lagi malaysia tak akan bankrap kalau gaji penjawat awam naik" ---- memang malaysia tidak akan bankrap jika gaji naik tapi kalau penjawat awam asyik nak merungut pasal gaji tapi kualiti kerja masih di tahap lama bahkan tiada peningkatan tiada guna juga.. negara akan lebih mundur.. Apa pun terima kasih PM dan kerajaan.. Buat penjawat awam, tingkatkan kualiti kerja, jangan malas-malas lagi.. sampaikan perkhidmatan yang terbaik...

    cikgu

    alhamdulillah syukur pada illahi,dalam rakyat negara lain bergelut utk dpatka n sesuap nasi ,kerajaan kita berusaha dgn cara bijaksana menguruskan kewangan negara sehingga dapt di nikmati oleh rakyat malaysia.semoga semua memberi kebaikan di dunia dan di akhirat

    zinatul asyikin deraman

    terima kasih dan alhamdulilah....tahniah kepada PM yang membuat keputusan yang bijak dapat memuaskan hati semua penjawat awam.

    Shamshir Kluang

    sukor halamdulilah...dan terima kasih kepada yang terlibat....semogga penjawat awam dapat meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja

    Mashuri Pt Raja

    Syukur..Alhamdulillah. Semuga Allah memberkati Pemimpin, Negara dan rakyat Malaysia. Rezeki kurniaan Allah. Terima kasih PM Datuk Seri Najib dari kami Warga SMK Datuk Menteri Ayer Hitam DunSemarang.

    Waginin Osman

    Terima kasih PM atas keprihatinan terhadap kebajikan penjawat awam. Mungkin bukan terhenti disini sahaj, masih banyak lagi yang perlu disusun semula seperti keistimewaan kenaikan gaji melalui "time base" sebagaimana yang dinikmati oleh rakan-rakan dalam perkhidmatan pendidikan.

    ani...gombak

    Tkasih pada PM kerana dah buat yang terbaik untuk semua Penjawat Awam....

    ums staf

    terima kasih Datuk Najib tapi kenapa hanya COLA je yg naik? harga barang-barang/kereta/rumah lebih mahal berbanding semenanjung...

    abd malek b daud

    terima kaseh pm..

    azli port dickson

    Alhamdulillah,rezeki untuk semua penjawat awam,Terima kasih PM kita....PM kita untuk semua...

    terima kasih PM.Sesungguhnya kerajaan di bwh pimpinan Dato Seri merupakan sebuah kerajaan yg prihatin dan bertanggungjawab.Terima kasih PM.......

    queen ktn

    Kita hendaklah sentiasa bersyukur dgn segala nikmat yg Allah berikan barulah pintu rezeki akan bertambah.

    siti hawa binti husin

    Sangat baik

    mahamat

    tk...kakitangan kerajaan dapat apa yang sememangnya hak mereka.

    zakariah

    twrima kasih pm faham jiwa raykat tahun dpn tambah lagi

    mohd razali b kamaruddin

    Syukur pd Allah.. semoga semua yg terlibat berpuas hati..

    Ishak mustaffa

    Terima kasih PM.Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kenaikan kos sarahidup yang semakin meningkat.

    nicholas

    TQ PM, tapi elaun bantuan perumahan tak juga naik-naik.Masih lagi macam tu.Bila lagi nak naik

    Egilip Gubal

    Apa punca sebenar Exit Policy dimansuhkan?
    Dalam permainan bolasepak ada kad kuning dan kad merah. Bayangkan jika penggunaan kad tersebut dimansuhkan. Pembatalan SBPA sepatutnya tidak perlu kerana SBPA menerapkan Tonggak 12 dan Kualiti Perkhidmatan yang tinggi. Kenapa CUEPACS takut dengan Exit Policy?

    AWANG ALI BIN PARIJAN

    TQVM PM. I MUST VOTE BN.

    zainal abidin bin zainudin

    terima kasih kepada perdana menteri kerana perihatin kepada kakitangan kerajaan terutama ATM.

    paridah awang

    Alhamdulillah. Syukur kpd Allah (SWT).Berkat keharmonian negara Malaysia. Terima kasih Perdana Menteri yang dikasihi. Insya Allah terus berkhidmat dengan pelarasan gaji baru. Yang penting penjawat awam tidak ada jiwa tamak. Doa negara terus aman dan bertambah kaya.Akan datang naik gaji lagi..

    Lina

    Prinsip time-based patut diperluas kepada agensi lain demi laluan kerjaya yang lebih adil di dalam sektor awam..

    Norazam Bin Rejab

    Terima kasih DS Najib. Andalah PM yang amat kami kasihi. Prihatin kepada rakyat. Semoga Allah swt mengekalkan pemerintahan DS Najib dan BN dalam PRU13 nanti.

    Egilip Gubal

    Isu utama yang menjadi rungutan penjawat awam terhadap SSM yang lalu ialah peperiksaan PTK. Saya harap Exit Policy akan tetap digunapakai dan dimasukkan sebagai elemen penting dalam SSM yang ditambah baik. Kita kagum dan bangga dengan kepimpinan PM yang sangat berkarisma. Terima kasih YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

    firuzmaluda

    Adil untuk semua,semua puas hati,pada yang tak puas hati harap bersabar dan banyakkan selawat (kepada pegawai atasan/JUSA), idup PM!!!

    rosyam

    syukur alhamdulillah....kerana keperihatinan terhadap penjawat awam.

    HASLINAH BT MOHD SAMAT

    Alhamdulilah,akhirnya selesai jugak kemelut ni..terima kasih kpd kerajaan yg prihatin kepada kebajikan k/tgn awam... bak kata pepatah menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak...terima kasih PM .....

    mohd najib

    bersyukur dgn apa yg diberi..kerajaan sentiasa berusaha yang terbaik untuk meningkatkan taraf hidup kakitangan awam..

    SHAHIMI

    Alhamdulillah, Kerajaan prihatin kepada rakyat. Pesara Kerajaan macam mana agaknya? SBPA ni adalah unsur manipulasi pihak tertentu di peringkat tertinggi JPA.

    muhd omar

    kalaulah gred 1-26 dapat kenaikkan 18% kn lebih elok

    rizal putrajaya

    banyak tak banyak sikit pun tak sikit elok ada dari tak ada langsung.terima kasih PM,ada rezeki tambah lagi malaysia tak akan bankrap kalau gaji penjawat awam naik

    Azmah Dzul

    Terima kasih Datuk Najib, yang begitu peka terhadap kehedak dan keperluan kakitangan awam.


  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan