Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Banjir di Hulu Langat pulih

Posted:

Banjir di Hulu Langat pulih

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
kota@utusan.com.my


MANGSA-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Lembah Jaya Utara, Ampang sedang menikmati makanan yang dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, semalam.


HULU LANGAT 8 Mac - Keadaan banjir di Batu 14 dan 18 di sini telah pulih dengan sebanyak enam daripada tujuh pusat pemindahan yang bagi menempatkan 1,350 penduduk di sini sejak semalam, telah ditutup.

Antara pusat penempatan banjir itu adalah Dewan Datuk Ahmad Razali yang menempatkan 40 orang mangsa; Surau Lembah Jaya (230); Masjid Batu 14 (20); Balai Raya Indah Jaya (15) dan Surau Taman Nanding (350).

Bagaimanapun pusat pemindahan yang menempatkan paling ramai penduduk iaitu sebanyak 666 mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai masih lagi dibuka kerana kebanyakan daripada rumah mereka terjejas teruk.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Bekalan air 850,000 pengguna terganggu

Posted:

Bekalan air 850,000 pengguna terganggu

KUALA LUMPUR 8 Mac - Banjir kilat yang melanda sebahagian Lembah Klang semalam turut mengakibatkan gangguan bekalan air di daerah Gombak, Hulu Langat dan Kuala Lumpur, yang dijangka berlaku selama empat hari mulai hari ini dan dianggarkan melibatkan lebih 850,000 pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan berkata, ini kerana kejadian banjir itu telah menjejaskan operasi dua buah loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Ampang Intake dan LRA Sungai Langat.

Katanya, dalam kejadian pertama, Syabas dimaklumkan oleh pihak pengendali LRA Ampang Intake iaitu Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) bahawa pihaknya terpaksa menghentikan sementara operasi LRA tersebut pada pukul 7.30 malam tadi ekoran kejadian hujan lebat dan lumpur yang membanjiri floc tank serta slow sand filters di LRA tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Lif rosak: Penduduk naik tangga ke tingkat 16

Posted:

Lif rosak: Penduduk naik tangga ke tingkat 16

AMPANG 8 Mac - Penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Ampang terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selesa dan berdepan kesukaran melakukan aktiviti harian akibat masalah lif rosak.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pangsapuri tersebut mendapati, hanya dua daripada enam blok pangsapuri 16 tingkat tersebut yang kedua-dua lifnya berfungsi dengan baik.

Empat blok lagi iaitu Blok B, D, E dan F hanya mempunyai satu sahaja lif yang berfungsi tetapi penduduk mendakwa kadang-kala mereka terpaksa juga memanjat tangga apabila ia rosak.

Seorang penduduk, Md. Nasir Pilus, 55, berkata, masalah kerosakan lif itu sudah berlarutan begitu lama iaitu kira-kira tiga tahun dan telah mengganggu kehidupan harian penduduk.

"Penduduk perlu mengambil masa yang lama untuk turun atau naik. Keadaan ini amat menyusahkan terutama pada waktu petang semasa semua penduduk balik dari tempat kerja.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan