Rabu, 7 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Jadi sarang penagih dadah

Posted:

Jadi sarang penagih dadah

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my


BENGKEL membaiki kereta telah mengambil alih aras bawah bangunan yang jelas telah rosak teruk.


AMPANG 7 Mac - Bangunan letak kenderaan di Jalan 6/8, Pandan Indah Commercial Park di sini bukan sahaja umpama 'hidup segan mati tak mahu' malah dipenuhi dengan sampah-sarap dan berbau busuk.

Peniaga di kawasan itu mendakwa, pada waktu malam bangunan empat tingkat tersebut turut menjadi sarang penagih dadah dan mungkin sarang maksiat.

Mereka mendakwa, bangunan tempat letak kenderaan berkenaan hanya digunakan pada waktu siang kerana penggunanya penduduk perkara yang tidak diingini berlaku jika meletak kenderaan di situ pada waktu malam.

Keadaan itu juga dilihat mencacatkan pemandangan di sekitar Pandan Indah. Dan, apa yang menjadi persoalan kepada penduduk ialah mengapa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selaku pentadbir bangunan berkenaan sanggup membiarkan bangunan itu berkeadaan sedemikian rupa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pemandu tidak peduli MDKL

Posted:

Pemandu tidak peduli MDKL

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


LORI-LORI masih diletakkan di tepi Jalan Klang Banting di Telok Panglima Garang, Kuala Langat meskipun MDKL telah mengeluarkan larangan.


KUALA LANGAT 7 Mac - Amaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) agar pemandu kenderaan berat tidak meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan larangan tidak diendahkan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa tempat di daerah ini mendapati keadaan masih sama seperti ketika amaran itu belum dikeluarkan sekali gus menunjukkan taraf kesedaran sivik yang rendah dan sifat degil pemandu berkenaan.

Selain itu, ia juga menunjukkan betapa amaran oleh MDKL semata-mata amaran kerana amaran tanpa penguatkuasaan tidak akan mendidik sesiapa.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati antara lokasi yang menjadi tumpuan pemandu lori meletakkan kenderaan mereka adalah kawasan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, di tepi Jalan Besar Klang Banting, Bandar Sungai Emas dan Jalan Kiambang, Taman Gembira di sini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Amalan praktik BI di rumah kunci kejayaan

Posted:

Amalan praktik BI di rumah kunci kejayaan


GURU dan sekumpulan pelajar cemerlang SMK Cochrane meraikan kejayaan mereka mencatat keputusan baik dalam STPM 2011 di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 7 Mac - Sentiasa membaca dan berbual dalam bahasa Inggeris menjadi rahsia kejayaan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, Nicholas Tan, 20, memperoleh keputusan terbaik peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) peringkat pertengahan tahun.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane itu bersyukur kerana usahanya selama ini akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

"Saya sentiasa berbual dalam bahasa Inggeris ketika di rumah dan mengulang kaji bagi memantapkan pemahaman tatabahasa dalam bahasa tersebut," katanya ketika ditemui di sekolahnya, dekat sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan