Rabu, 7 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


19 paling aman di dunia

Posted: 06 Mar 2012 02:24 PM PST

MukaDepan

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Bilik Kawalan CCTV Majlis Perbandaran Kulai  di majlis Program Bandar Selamat Negeri Johor dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA di Kulaijaya, semalam.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Bilik Kawalan CCTV Majlis Perbandaran Kulai di majlis Program Bandar Selamat Negeri Johor dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA di Kulaijaya, semalam.

Penurunan indeks jenayah negara 11 peratus mampu tingkat keyakinan pelabur

KULAIJAYA: Penurunan indeks jenayah sebanyak 11 peratus yang direkodkan tahun lalu membolehkan Malaysia diiktiraf oleh Indeks Keamanan Global 2011 sebagai antara negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara serta berada pada tempat ke-19 daripada 153 negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu adalah hasil tindakan proaktif polis dan agensi berkaitan menangani jenayah hingga berhasil mencatatkan penurunan melebihi sasaran lima peratus. "Pencapaian ini diiktiraf secara global apabila Indeks Keamanan Global 2011 meletakkan Malaysia di tangga 19 daripada 153 negara di dunia berbanding tempat 26 pada 2009. Hasilnya menyebabkan masyarakat antarabangsa semakin yakin melabur yang menyaksikan pelaburan asing meningkat sebanyak RM33 bilion tahun lalu, mengatasi RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia pada 2007," katanya semalam.

Beliau berucap pada Perasmian Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), di sini. Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Muhyiddin juga berkata, tugas mengurangkan kadar jenayah tidak hanya terletak pada kerajaan, sebaliknya rakyat memainkan peranan penting memelihara keselamatan awam dan individu supaya selamat daripada jenayah.

"Pembabitan masyarakat setempat adalah kritikal dalam memberi petunjuk dan penambahbaikan usaha menangani jenayah. Perkongsian pintar antara polis dan anggota awam melalui platform seperti RELA dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) adalah batu loncatan penting menjayakan usaha memerangi jenayah. Namun, dalam keghairahan mengurangkan kadar jenayah, Malaysia hendaklah menjadi negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif," katanya.
Beliau berkata, pengalaman bandar raya New York mengurangkan kes jenayah setiap 100,000 penduduk daripada 6,363 pada 1990 kepada 3,099 kes pada 2000 menunjukkan penambahbaikan drastik itu tidak mustahil dilakukan di Malaysia.

"Saya mahu petugas SRS dan ahli persatuan penduduk untuk turut sama terbabit dalam usaha memerangi jenayah demi menjaga kesejahteraan negara," katanya.

Mengulas Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012, Timbalan Perdana Menteri berkata, 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menerima peruntukkan berjumlah RM26.1 juta untuk melaksanakan langkah impak tinggi menerusi Program Bandar Selamat.

Ia membabitkan pengasingan laluan pejalan kaki daripada laluan bermotor, pemasangan cermin keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV), pencahayaan, penggera keselamatan dan pemetaan sistem maklumat geografi (GIS) jenayah.

Beliau berkata, pengurangan jenayah di Johor jauh lebih baik berbanding kadar pengurangan purata negara yang masing-masing sebanyak 7.7 dan 10.2 peratus bagi jenayah jalanan dan jenayah berat.

"Namun, kerajaan belum berpuas hati dan akan terus mempergiatkan langkah Program Bandar Selamat. Oleh itu, 108 CCTV, 965 lampu jalan serta 1,500 tempat letak motosikal berkunci sedang giat dirancang di sekitar bandar seluruh Johor tahun ini.

"Rekod prestasi negara maju menunjukkan pusat bandar akan membentuk nadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, persekitaran bandar selamat dan tenteram mampu menarik penduduk berkemahiran tinggi untuk merebut peluang pelaburan dan pekerjaan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

khairul

citer pasal ni kenapa nak masuk politik? ni cite pasal kerajaan bukan cerita pasal bn atau pas

Khairil izwan

Usaha mngurangkn kadar jenayah mmg perlu,,namun ianya perlu diperhalusi,,pendidikn bg membentuk modal insan dan sikap masyarakt juga perlu pd hari ini,,

Izzuddin Ali

Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia, RELA, KASTAM, IMIGRESEN dan semua agensi yang terlibat dalam menjaga keselamatan negara. Moga Malaysia kekal aman dan dijauhkan daripada kecelakaan.. AMIN

Susane & Aljendro

19 paling aman di dunia ... baguslah!

anak jati johor

selain menambahbaik prasarana jalanraya, diharap dapat menambahbaikkan jalanraya kat johor bahru yg banyak lubang tu..

HJ. ZAINAL ABIDIN BIN MONIL

Tahniah semua anggota Polis. Kami selamat. Negara Selamat

Usaha mengurangkn kadar jenayh memang perlu dlakukan..tetapi ia perlu diperhalusi dr pelbagai sudut..pendidikn modal insan yg baik wajar dipraktik kn ,dr semua pihak yg trlibt.

Usaha mengurangkn kadar jenayh memang perlu dlakukan..tetapi ia perlu diperhalusi dr pelbagai sudut..pendidikn modal insan yg baik wajar dipraktik kn ,dr semua pihak yg trlibt.

jali

memastikan keamanan dalam negara adalah KEWAJIBAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH yang memerintah negara tidak kira pembangkang atau kerajaan.....sudah jadi tanggungjawab kerajaan BN la untuk memastikan keamanan dalam negara...kalau tidak jangan harap la undi rakyat...

rara eyves..

tahniah.. bangga dgn pencapaian polis dlm membenteras jenayah ..

halimtiyaz krtg

seperti di jepun walaupun tinggalkan rumah tanpa berkunci masih selamat.tidak ada barang yang hilang.negara kita ke arah itu..

belia negara

Ayuh kita semua membantu dalam membenteras jenayah. Awasi kawasan sekeliling kita dan bertawakal pada Allah selalu.

azizan

syabas johor tiang seri malaysia

pakteh

Misi pembangkang utk mengkucar-kacirkan negara selalu GAGAL dgn kecekapan Polis dan kerajaan.. Rakyat Malaysia Cintakan Keamanan dan menolak sebarang anasir jahat yg menghuru-harakan negara.

awal

negara yg aman adalah negara yang bebas dari kes jenayah seperti-rompakan bersenjata,curi kereta/kenderaan,rogol,ragut,dan banyak lagi...

MROZ

mana dia penyokong pembangkang.aku nak lihat dia orang komen pulak

NORUL LIZA BT ABDUL GHAFFOR

bagus, menjalakan tugas dengan baik dan jaya.

zahidinz

Malu Lee Q Y keluarkan kenyataan , Malaysia (Johor) tak selamat, Lain kali jangan buat andaian sendiri tanya pendapat org lain .

Mustakim

Penyokong pembangkang mesti akan kata ini propaganda kerajaan. Walhal survey ini dibuat oleh orang luar. Tingkatkan usaha para polis dan usah layan dakyah penyokong pembangkang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan