Jumaat, 9 Mac 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


59 projek mampu tarik pelaburan RM139.3b

Posted: 09 Mar 2012 12:09 PM PST

Nasional

NAJIB disambut penduduk untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee sempena lawatan ke Johor Bahru, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

NAJIB disambut penduduk untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee sempena lawatan ke Johor Bahru, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

68,000 peluang kerja di Iskandar Malaysia, Tenggara Johor

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pelaksanaan 27 projek permulaan (EPP) dan 32 projek kualiti kehidupan di Iskandar Malaysia dan Tenggara Johor mulai tahun ini hingga 2020, yang dijangka menarik pelaburan berjumlah RM139.3 bilion.

Perdana Menteri berkata, projek itu bakal mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia dan Tenggara Johor yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat selari hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

"Semua agenda transformasi yang dirancang kerajaan jauh lebih baik daripada reformasi. Menjelang 2020, bidang pendidikan, pelancongan dan minyak serta gas membabitkan 27 EPP itu akan menyumbang sebanyak RM25.57 bilion kepada jumlah pendapatan negara kasar (PNK). "Tiga aspek meningkatkan mutu kehidupan iaitu pencegahan jenayah, rangkaian jalan raya dan pengangkutan awam bandar serta rejuvenasi (pemberian nafas baru) dan pemulihan bandar raya akan dilaksanakan menerusi 32 projek membabitkan perbelanjaan RM24.5 bilion dengan RM14.2 bilion atau 58 peratus dibiayai dana awam, manakala baki RM10.3 bilion atau 42 peratus lagi disumbangkan swasta.

"Rejuvenasi dan pemulihan bandar raya bertujuan memulihkan penampilan bandar raya Johor Bahru agar kembali segar, termasuk pemuliharaan dan pengindahan Sungai Segget serta saliran dalam bandar, penambahbaikan pesisir pantai serta pembersihan dan pemeliharaan suasana dalam bandar, bangunan, keselamatan dan keselesaan pejalan kaki," katanya berucap merasmikan Hari Terbuka dan Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia di PERSADA Johor di sini, semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Najib berkata, penggubalan program itu dilaksanakan Makmal Koridor dan Bandaraya bermula September hingga November tahun lalu membabitkan pelbagai idea dan isu dibincangkan oleh wakil kerajaan Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan peserta utama dalam kegiatan ekonomi Iskandar Malaysia di bawah kelolaan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
Menjelas lanjut, Perdana Menteri berkata, EPP turut membabitkan lapan projek permulaan untuk pendidikan, termasuk memantapkan penyertaan sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta dan antarabangsa, meningkatkan mutu dan jumlah kakitangan akademik serta menjadikan Iskandar Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk inovasi serta penyelidikan dan pembangunan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


RM6b untuk kenaikan gaji, COLA

Posted: 09 Mar 2012 12:06 PM PST

Nasional

JOHOR BAHRU: Pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus serta kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) untuk penjawat awam di seluruh negara, akan membabitkan peruntukan tambahan lebih RM6 bilion kepada kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membuat penelitian bagi menentukan jumlah sebenar peruntukan yang perlu dikeluarkan bagi semua kenaikan gaji dan COLA untuk kakitangan awam yang diumumkan kelmarin.

"Kita terpaksa menyediakan peruntukan tambahan, sebab mementingkan golongan penjawat awam dalam kategori kumpulan pelaksana atau sokongan yang besar, kali ini kerajaan mahu seberapa ramai penjawat awam mendapat maksimum 13 peratus, jadi kita naikkan sampai ke Gred 54. "Dengan ini, kita terpaksa mencari peruntukan tambahan. Semua tambahan dijangka lebih RM6 bilion tetapi jumlah sebenar kita sedang tentukan untuk semua kenaikan gaji termasuk kenaikan COLA yang saya umumkan," katanya selepas merasmikan Sekolah Agama Taman Molek di sini, semalam.

Sehubungan itu, Najib menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibuat atas desakan pembangkang, sebaliknya, pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) itu janji beliau ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober tahun lalu.

"Saya nak rujuk ucapan belanjawan saya pada Oktober tahun lalu, di mana saya memberi komitmen penjawat awam akan menerima pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus, tetapi bila SBPA digubal, maka ia tergelincir daripada tafsiran asal yang saya umumkan.

"Sehubungan itu, kerajaan mengambil keputusan kembali semula komitmen yang saya berikan pada bajet lalu. Ini tiada kena mengena dengan apa yang didakwa pembangkang, biasalah dia (pembangkang), (umpama) lembu punya susu (sapi dapat nama), biasalah pembangkang," katanya.
Perdana Menteri turut menolak tanggapan pembatalan SBPA adalah bayangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan dalam masa terdekat.

"PRU lain, ini (SBPA) lain. Ini janji saya tahun lalu kepada penjawat awam. Jadi kerajaan hari ini menunaikan janji, kalau ada yang tak berapa betul kita akan balik kepada pangkal jalan, kepada landasan sebenarnya, sebab itu kita ketepikan SBPA dan balik kepada SSM yang diberi penambahbaikan," katanya.

Najib yang dalam rangka lawatan dua hari ke Johor mulai semalam, berkata beliau berpendapat negeri ini masih berteraskan Barisan Nasional (BN).

Di KUALA PILAH, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan kerajaan membatalkan SBPA bukan kerana kegagalan kerajaan melaksanakan sesuatu dasar seperti dakwaan pembangkang.

Katanya, pembatalan itu dibuat selepas kajian mendapati sistem itu tidak memenuhi tuntutan bagi meningkatkan gaji dan kemudahan lain untuk kakitangan awam.

"Ketika kita mahu mengemukakan SBPA, rupa-rupanya ada perkara tidak kita ketahui pada peringkat awal.

"Apabila diperincikan satu persatu, CUEPACS memberikan pandangan apa yang diusulkan (SBPA) tidak memenuhi tuntutan mereka dari segi meningkatkan perkhidmatan, gaji dan kemudahan lain kepada kakitangan awam," katanya.

Katanya, SBPA juga belum dilaksanakan kerana kerajaan baru mengemukakan tawaran dan maklum balas penjawat awam menyebabkan skim itu dikaji semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan