Jumaat, 9 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Bukti kerajaan responsif - TPM

Posted:

Bukti kerajaan responsif - TPM

Bukti kerajaan responsif - TPM

Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Mac - Keputusan membatalkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) responsif terhadap kepentingan serta kemahuan para penjawat awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira maklum balas jawatankuasa kerja khas mengkaji pelaksanaan SBPA serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendapati ia perlu ditambah baik.

Kata beliau, ia membuktikan kerajaan berani serta telus untuk mengakui kelemahan sesuatu dasar serta mengambil kira pandangan para penjawat awam di setiap peringkat.

"Saya tidak fikir dari segi kerajaan kita salah, apabila kita lihat kelemahan dan (mengambil kira pandangan) pegawai kata kaji balik, kita kaji balik. Secara keseluruhan, semua pihak menyambut baik (pembatalan SBPA), bukan sahaja pihak dalam sektor perguruan.

"Walaupun SBPA dimansuhkan dan dikekalkan SSM, tapi ia dengan bentuk lebih baik serta jaminan kenaikan pelarasan gaji yang saya kira amat menarik dan harus memuaskan hati semua peringkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan 'MyKomuter' iaitu perkhidmatan Tren Enam Gerabak (SCS) yang terbaru oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Muhyiddin mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengenai pembatalan pelaksanaan SBPA dan kembali kepada SSM yang akan ditambah baik.

Sementara itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, pelaksanaan kenaikan gred gaji para guru berdasarkan tempoh perkhidmatan Khas Untuk Penyandang (KUP) atau KUP 'Time Based' akan dilaksanakan secepat mungkin pada tahun ini.

Menurut beliau, warga pendidik tidak perlu risau jika ia tidak dilaksanakan kerana kepimpinan kerajaan sentiasa menepati janji termasuk mengenai perkara itu yang telah diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2012.

Katanya, perkara itu akan diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat ini.

"Sebagaimana Perdana Menteri kata, guru-guru jangan gundah-gulana, apa yang telah dijanjikan dalam bajet akan dipenuhi, jadi dengan jaminan Perdana Menteri itu kita harap ia akan memuaskan hati semua guru," katanya.

600,000 guna pengangkutan awam

Posted:

600,000 guna pengangkutan awam

600,000 guna pengangkutan awam

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin melihat replika tren MyKomuter pada Majlis Pelancaran Tren MyKomuter di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 8 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan penggunaan pengangkutan awam darat di Lembah Klang pada waktu puncak meningkat kepada 600,000 orang tahun ini selari dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Nasional-Pengangkutan Awam Bandar (NKRA-UPT).

Perdana Menteri berkata, penggunaan pengangkutan awam pada tahap 25 peratus itu dijangka tercapai dengan perkhidmatan kesemua 38 set Tren Enam Gerabak (SCS) oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) yang akan diperoleh sepenuhnya menjelang Jun ini.

"Usaha berterusan Kementerian Pengangkutan terutamanya Unit NKRA dan KTMB dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam khususnya rel mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kepentingan pengangkutan awam negara.

"Di samping itu, kerajaan turut yakin kemudahan ini akan membantu meningkatkan lagi produktiviti warga kerja di Lembah Klang yang seterusnya memberi kesan positif kepada ekonomi negara," katanya pada perasmian SCS atau dikenali sebagai MyKomuter di sini hari ini.

Teks ucapan Najib dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri menambah, penggunaan khidmat komuter KTM pada waktu puncak kini menyaksikan koc sedia ada terpaksa menampung sehingga 200 penumpang, berbanding had 150 penumpang.

Katanya, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan terhadap para pengguna dan turut menimbulkan pelbagai masalah lain seperti penyelenggaraan, kelewatan jadual tren serta pembatalan perkhidmatan.

Akibatnya, kata beliau, para pengguna memilih untuk memandu ke tempat kerja dan terpaksa melalui kesesakan pada waktu puncak.

"Bagi menangani masalah kapasiti itu, kerajaan BN telah melabur hampir RM1.9 bilion untuk memperoleh 38 set tren MyKomuter tersebut bagi kemudahan rakyat Malaysia yang penerimaannya adalah secara berperingkat sehingga Jun ini,'' katanya.

Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbar selepas pelancaran tersebut memberitahu, kerajaan akan melaksanakan sebuah laluan khas bas sedikit masa lagi bagi menampung penggunaan jalan raya ketika waktu puncak.

Di samping itu, katanya, mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini juga memutuskan untuk menambah jumlah bilangan bas, sementara menunggu perkhidmatan 38 tren SCS KTMB berkenaan.

Perkhidmatan SCS enam gerabak KTMB itu mampu memuatkan 1,100 pengguna pada satu-satu masa selain mengurangkan waktu menunggu untuk setiap hentian daripada 30 minit kepada 10 minit.

Tren itu akan menggantikan koc tiga gerabak KTMB (EMU) sedia ada dan bakal ditambah secara berperingkat di kedua-dua laluan Rawang-Sungai Gadut dan Batu Caves- Pelabuhan Klang menjelang Jun ini.

Setakat ini, KTMB telah menerima 18 buah unit SCS daripada 38 buah kesemuanya daripada syarikat pengeluar, Zhuzhou Electric Locomotive Company Limited dari China.

Berhenti kaitkan nama saya - Tengku Abdullah

Posted:

Berhenti kaitkan nama saya - Tengku Abdullah

Berhenti kaitkan nama saya - Tengku Abdullah

KUANTAN 8 Mac - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak berhenti mengaitkan nama baginda dalam kes khalwat yang dihadapi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di Balok, di sini baru-baru ini.

Titah Tengku Abdullah, kenyataan pemimpin PKR itu dan beberapa laman blog yang mengaitkan baginda dalam kes berkenaan amat mengejutkan kerana baginda tiada dalam negara ketika itu.

"Saya harap hentikanlah, saya minta jasa baik hentikan mengaitkan nama saya kerana saya tidak terlibat dari dulu sehingga kini berkaitan hal ini (kes khalwat).

"Sebenarnya, saya tidak pernah terlibat dalam hal ini dan hanya ingin tahu siapa yang terlibat, tidak lebih daripada itu," titah baginda kepada pemberita selepas melawat ke beberapa lokasi yang akan digunakan pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15, di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kenyataan Badrulamin yang mendakwa Tengku Abdullah akan campur tangan dalam siasatan kes khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu dengan seorang wanita berstatus isteri orang bulan lalu di sebuah hotel di Balok di sini.

Ini seperti mana yang dilaporkan beberapa portal dan blog propembangkang beberapa hari selepas Badrulamin disahkan disiasat di bawah kesalahan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Titah Tengku Abdullah, siasatan yang dilakukan pihak berkuasa dalam kes berkenaan adalah soal peribadi, sehubungan itu tidak wajar untuk mengaitkan nama baginda.

Bagaimanapun, titah baginda, semua pihak perlu menyerahkan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menyiasat perkara itu sekiranya terdapat kes seperti yang dinyatakan.

"Saya tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak dan biar mereka yang bertanggungjawab menyiasat kes ini berdasarkan laporan yang sewajarnya," titah baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan