Jumaat, 9 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Mayat lelaki ditemui terapung di laut

Posted: 09 Mar 2012 02:30 AM PST

Mutakhir

GEORGE TOWN: Polis Gerakan Marin menemui mayat lelaki yang sebelum itu dikatakan pergi menemui kawannya, terapung di perairan Pantai Macalum di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata mangsa dikenali Goh Peng Chong, 42, dari Bukit Mertajam dilaporkan hilang oleh keluarganya yang membuat aduan di Balai Polis Daerah SPT jam 2 pagi semalam.

"Satu gerakan mencari dilancarkan selepas polis menerima laporan itu," katanya ketika dihubungi di sini.
Azman berkata, Goh yang lengkap berpakaian ditemui jam 9.50 pagi tadi
dipercayai terjun dari atas jambatan Pulau Pinang berikutan kereta miliknya
tersadai atas jambatan kira-kira empat kilometer dari George Town.

Mangsa dikatakan datang ke George Town untuk berjumpa rakannya dan
tidak pulang ke rumah sejak petang Rabu.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk
bedah siasat. - BERNAMA

Pelarasan gaji babitkan peruntukan tambahan RM6 bilion

Posted: 09 Mar 2012 02:27 AM PST

[unable to retrieve full-text content]JOHOR BAHRU: Datuk Seri Najib Razak berkata, pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya semalam berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membabitkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan