Selasa, 13 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Mati melecur akibat bakar rumah sendiri

Posted:

Mati melecur akibat bakar rumah sendiri

Mati melecur akibat bakar rumah sendiri

13/03/2012 7:16pm

JOHOR BAHARU — Seorang bekas pemilik restoran meninggal dunia akibat melecur selepas dipercayai membakar rumahnya, manakala isteri dan dua anak perempuannya cedera dalam kejadian di Kampung Melayu Kangkar Pulai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt. Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi dan sebelum itu difahamkan berlaku perselisihan faham antara bekas pemilik restoran itu Syed Hussin Syed Hussin, 63, dan isterinya Wan Rokiah Wan Yussuf, 43.

"Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku di rumah separuh papan dan batu itu dengan terperinci. Berdasarkan maklumat, rumah itu dibakar sendiri oleh si mati," katanya.

Noor Hashim yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, Wan Hussin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Wan Rokiah dan dua anak perempuan mereka, Sharifah Aishah, 22, dan Sharifah Zulaikha, 21, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.

Katanya seorang lagi anak pasangan itu, Sharifah Zulaikha hanya dirawat sebagai pesakit luar.— BERNAMA

Rogol, bunuh: Hukuman mati pekerja kilang kekal

Posted:

Rogol, bunuh: Hukuman mati pekerja kilang kekal

Rogol, bunuh: Hukuman mati pekerja kilang kekal

13/03/2012 6:55pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang pekerja kilang ayam kerana membunuh seorang pencari kerja, Siti Zawiah Sudin, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Datuk Sulaiman Daud, turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap Muhammad Rasid Hashim kerana merogol wanita berusia 23 tahun itu.

Siti Zawiah yang tiba di Kuala Lumpur 22 hari sebelum kejadian untuk mencari pekerjaan bagaimanapun berhasrat pulang ke kampung di Pasir Puteh, Kelantan pukul 9 malam hari kejadian setelah gagal mendapat kerja.

Mangsa ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan oleh dua rakan serumahnya dengan kecederaan kepala di atas lantai bilik tidur rumah tempat dia menumpang sebelum meninggalkan dunia di Hospital Selayang.

Panel hakim, yang turut dianggotai oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Azahar Mohamed, sebulat suara menolak rayuan Muhammad Rasid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas dua tuduhan itu.

Hakim Sulaiman berkata, mahkamah mendapati hakim perbicaraan tidak terkhilaf berhubung fakta-fakta kes dan sabitan terhadap Muhammad Rasid adalah selamat.— BERNAMA

Laporan palsu: Ibu dalam pantang dihukum

Posted:

Laporan palsu: Ibu dalam pantang dihukum

Laporan palsu: Ibu dalam pantang dihukum

13/03/2012 6:35pm

KUALA TERENGGANU — Seorang wanita yang masih dalam pantang dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini terhadap tuduhan membuat laporan palsu.

Wan Syafira Wan Nazri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor 1234 Kampung Beladau Kepong, Manir di sini ketika disoal siasat pada 12.30 malam, 25 Februari lepas.

Dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa, Insp. Miky Dustan Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pada 25 Februari lalu, tertuduh dengan sengaja telah memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam (polis) menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang yang lain.

Beliau sebelum ini mendakwa bayi itu ditinggalkan di rumahnya oleh seorang warga emas.

Namun tindakan wanita itu berjaya dibongkar polis berdasarkan laporan yang bercanggah yang dikemukakannya dan dia disyaki tidak bercakap benar dan bayi tersebut adalah miliknya sendiri.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan