Isnin, 12 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Mayat rentung disahkan Nurul Nadirah

Posted:

Mayat rentung disahkan Nurul Nadirah

Mayat rentung disahkan Nurul Nadirah

12/03/2012 7:35pm

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Kebakaran: Warga emas, kanak-kanak nyaris maut

Posted:

Kebakaran: Warga emas, kanak-kanak nyaris maut

Kebakaran: Warga emas, kanak-kanak nyaris maut

12/03/2012 7:33pm

KUALA TERENGGANU - Tindakan pantas seorang pendawai elektrik telah dapat menyelamatkan tiga anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur dan seorang warga emas yang tidak mampu berjalan, apabila rumah mereka di Kampung Pengkalan Maras di sini, hangus dijilat api.

Che Fauzi Ibrahim, 39, berkata, beliau bergegas membangunkan tiga anaknya berumur 11, enam dan tiga tahun yang sedang tidur selepas mendengar jeritan jirannya, Fatimah Taib, 90.

"Apabila mendengar jeritan itu, saya keluar rumah dan lihat api sedang marak membakar rumah itu. Saya terus menyelamatkan anak-anak saya sebelum mendukung mak cik Fatimah keluar rumah," katanya.

Hanya dalam beberapa minit sahaja rumah yang didiami Fatimah bersama anak saudaranya, yang semasa kejadian pergi ke kedai membeli makanan, hangus dijilat api.

Rumah Che Fauzi yang dipisahkan dinding dengan rumah warga emas itu turut hangus dalam kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Fatimah berkata, ketika berada di ruangan dapur, dia tiba-tiba terhidu bau hangit dan hanya mampu menjerit selepas melihat api dari salah sebuah bilik di rumah itu.— BERNAMA

45 orang ditahan dalam operasi bersepadu

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KOTA KINABALU — Seramai 45 orang termasuk tujuh wanita, ditahan untuk siasatan dalam satu operasi bersepadu di sekitar laluan utama ke pusat bandar raya awal pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan