Harian Metro: Mutakhir |
Tiga kanak-kanak dan warga emas nyaris maut dalam kebakaran Posted: 12 Mar 2012 05:31 AM PDT KUALA TERENGGANU: Tindakan pantas seorang pendawai elektrik telah menyelamatkan tiga anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur dan seorang warga emas yang tidak mampu berjalan, apabila rumah mereka di Kampung Pengkalan Maras di sini, hangus dijilat api. Che Fauzi Ibrahim, 39, berkata beliau bergegas membangunkan tiga anaknya berumur 11, enam dan tiga tahun yang sedang tidur selepas mendengar jeritan jirannya, Fatimah Taib, 90.
"Apabila mendengar jeritan itu, saya keluar rumah dan lihat api sedang marak membakar rumah itu. Saya terus menyelamatkan anak-anak saya sebelum mendukung mak cik Fatimah keluar rumah," katanya. Hanya dalam beberapa minit sahaja rumah yang didiami Fatimah bersama anak saudaranya, yang semasa kejadian pergi ke kedai membeli makanan, hangus dijilat api. Rumah Che Fauzi yang bersebelahan dengan rumah warga emas itu turut hangus dalam kejadian itu.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Kuala Terengganu, Roslan Mat Din ketika dihubungi berkata, dua jentera bomba bersama 11 anggota yang dihantar ke tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dalam masa 17 minit. - Bernama |
Posted: 12 Mar 2012 04:14 AM PDT [unable to retrieve full-text content]Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang sejak 1 Mac disahkan dibunuh dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan