Kosmo Online |
- Liga futsal: PKNS FC catat kejayaan berganda
- 10 keluarga dipindah akibat banjir di Lipis
- Pekerja ladang ternakan ikan maut ditetak rakan
| Liga futsal: PKNS FC catat kejayaan berganda Posted: Liga futsal: PKNS FC catat kejayaan berganda11/03/2012 9:35pm KUALA LUMPUR – Pasukan PKNS FC mencatat kejayaan berganda pada edisi kelima Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2011/2012 apabila muncul juara keseluruhan dalam kategori lelaki dan wanita. Pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini, pasukan lelaki mereka membelasah MPSJ FC 7-2. Pasukan wanita PKNS pula mencipta kejutan menewaskan juara bertahan Selangor menerusi jaringan tunggal Hanis Farhana Shamsul Azizan pada minit ke-10. Kejayaan tersebut membolehkan kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang wang tunai RM40,000 dan piala pusingan yang disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Pasukan MPSJ FC dan Selangor yang muncul naib juara pula masing-masing meraih wang tunai RM20,000 selaku naib juara. – BERNAMA |
| 10 keluarga dipindah akibat banjir di Lipis Posted: 10 keluarga dipindah akibat banjir di Lipis11/03/2012 8:32pm KUALA LIPIS — Seramai 10 keluarga yang tinggal di kawasan pesisiran Sungai Jelai di sini ditempatkan di pusat pemindahan banjir selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi dua meter. Mangsa yang terdiri daripada tiga keluarga dari Kampung Kuala Medang dan tujuh dari Kuala Serau, kini ditempatkan di balai raya kampung masing-masing selepas air Sungai Jelai melimpahi tebing mulai 7 pagi tadi. Keadaan banjir juga menyebabkan 120 penduduk daripada 21 keluarga di Kuala Medang, Kuala Serau dan Bertang terputus hubungan luar berikutan jalan utama ke kampung berkenaan ditenggelami air. Hujan lebat sejak tiga hari lepas menyebabkan air itu naik mendadak dan melimpahi tebing lalu membanjiri perkampungan di pesisiran Sungai Jelai. Operasi bantuan mengawal keselamatan dan pemindahan mangsa menggunakan bot membabitkan seramai 12 anggota bomba dan 10 dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Lipis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta polis. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, yang melawat pusat pemindahan banjir berkata, bekalan makanan untuk mangsa dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat Lipis pagi ini - BERNAMA |
| Pekerja ladang ternakan ikan maut ditetak rakan Posted: Pekerja ladang ternakan ikan maut ditetak rakan11/03/2012 7:54pm TUARAN — Seorang lelaki tempatan maut akibat tikaman di bahagian badan oleh rakan sekerjanya di sebuah ladang ternakan ikan dan udang di Kampung Lok Batik, dekat sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Zaharuddin Rasip berkata, mangsa yang dikenali sebagai Stanley John, 27, meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata, mangsa dipercayai ditetak dan ditikam dengan sebilah parang di bahagian badan dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi. "Polis menemui mayat mangsa di halaman pejabat pengurusan ladang ternakan itu. Suspek yang dipercayai warga Filipina berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan bakau berhampiran ladang itu, dan polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk memburu suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Zaharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan awal menunjukkan berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa sebelum kejadian, katanya.— BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan