Ahad, 11 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


PM akan umum status Shahrizat

Posted: 10 Mar 2012 02:43 PM PST

MukaDepan

DATUK Seri Najib Razak melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita Barisan Nasional (BN) di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini, semalam.

DATUK Seri Najib Razak melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita Barisan Nasional (BN) di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini, semalam.

Kedudukan Ketua Wanita ditentukan pada waktu sesuai

PASIR GUDANG: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kerajaan, secara teratur pada waktu dan masa yang sesuai.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sebelum itu menafikan desas-desus Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu akan meletakkan jawatan semalam. "Memang ada banyak khabar angin. Kita akan buat pengumuman pada masa sesuai. Apa pun, kena tunggu apa jua pengumuman yang akan dibuat itu," katanya selepas melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita Barisan Nasional (BN) di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 ahli Wanita UMNO seluruh negara itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sejak pagi semalam, wakil media yang membuat liputan lawatan kerja Perdana Menteri ke Johor mulai kelmarin, kecoh dengan khabar angin mengenai Shahrizat yang dikatakan bakal membuat pengumuman mengenai pengundurannya.

Mulanya pengumuman dijangka dibuat ketika beliau berucap pada majlis terbabit. Namun, sepanjang 18 minit berucap pada majlis itu, Shahrizat langsung tidak menyentuh isu berkenaan, sebaliknya begitu bersemangat bercakap mengenai persiapan Wanita BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketika mengiringi Perdana Menteri menuju ke ruang sidang media sebelum menikmati jamuan, kedua-duanya dilihat berhenti seketika dan berbincang sesuatu. Namun, tiada pengumuman dibuat sehingga sidang media berakhir.

Masa depan Shahrizat dalam Kabinet menimbulkan persoalan berikutan penggal perkhidmatannya sebagai senator dijadualkan berakhir pada 8 April depan dan jika tidak dilantik semula oleh Perdana Menteri, beliau terpaksa melepaskan jawatannya dalam Kabinet.

Shahrizat dilantik sebagai Senator yang juga Ahli Dewan Negara itu mulai 9 April 2009 selepas beliau tewas pada Pilihan Raya Umum 2008 ketika mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Isu peletakan jawatannya timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar 'jangan sayang kepada jawatan'.

Khabar gembira guru tak lama lagi

Posted: 10 Mar 2012 02:41 PM PST

KULAIJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kira-kira 480,000 guru di seluruh negara dijangka menerima khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara 'time based' dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum diumumkan sepenuhnya.

Katanya, penyelarasan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung penambahbaikan Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh hingga 13 peratus.

"Penyelarasan ini sebagai penghargaan kerajaan buat guru dan pegawai dalam sektor pendidikan daripada satu pertiga jumlah keseluruhan penjawat awam negara ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wan zex

harap2 biarlah menjadi kenyataan... apa yg disebut2 selama ini tergantung dan terus menjadi tanda tanya. terima kasih PM.

irfess

Terima Kasih kepada PM & TPM atas keperihatinan kepada Guru. Diharap semua guru bersabar dengan redha. Jangan bertengkar, caci mencaci, hina menghina, dan kutuk mengkutuk. Apa yang diberi kita terima dengan syukur....Tapi jangan lupa tanggungjawab kita terhadap bangsa, agama dan negara....

mohdalimdisa

BEKERJALAH UNTUK KEBERKATAN DARI HASIL TITIK PELUH ANDA, JANGAN INGINKAN GAJI BANYAK TETAPI TAK BERKAT.

SITIASMAH

syukur alhamdulillah
terima kasih kepada perdana menteri diatas keperihatinan terhadap penjawat awam

Mukriz

harap takde la suara2 SUMBANG HATI BUSUK yang dengki dgn guru lepas ni.

Guru lama

Ganjaran yg diberi sekadar menghargai jasa dan sedikit pengiktirafan. jangan ada pihak lain yg cemburu..

nana sikana

orang swasta dapat bonus 4-5 bulan gaji..kami tak bising pun

ajam anok pak adam

Kalau benar bagai dikata..syukur sgt2 alhamdulillah..memg inilah saat2 yg ditunggu oleh 450,000 org guru di malaysia ini..bygkanla kalau jumlah ini menerima dgn dgn bersyuur dan mendoakan kebaikan,bayangkanlah himpunan doa2 itu akan menjadi kenyataan...amin ya robbal alamin..

AZHAR

Guru adalah golongan yang paling suka komplen dan suka mengeluh.tahniah kerana keluhan anda yang tiada kesudahan akhirnya didengari. teruskan mengeluh walaupun kerja hanya berapa hari sahaja dalam setahun.

nina

terima kasih kerana sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami...

roh ani

alhamdulillah kahwin ngan guru dapat tumpang rezeki...tq gomen

lann

Asyik guru jee.. Kakitangan kerajaan lain tak de kee.. Terutama time base..

Ibrahim mosli ibrahim

4 teachers.

Azza Ezarina

syukur la.. sbnrnya kmi sudah lama tertindas, apapun yg d umum kerajaan mengenai penyelaran gaji bercontohkan guru.. kmi la yg di cemburui sedangkan semua pnjawat awam naik gaji.. gururawat yg ada diploma pun gaji lebih tinggi dr gaji guru yg ada diploma yg heranya dorang ada elaun alat tulis lg????? emmmm salute la pd kementerian kesihatan dorang sbb mrk btul2 djaga... pd menteri pendidikan tahniah dan terima kasih bnyk2..

aizat

Saya sebagai guru tidak begitu selesa apabila hal penyelarasan gaji digembar-gemburkan. Ia seolah-olah untuk guru sahaja, walhal penyelarasan tersebut untuk semua kakitangan awam. Takut ada pihak lain yang iri hati. Polis, tentera , kesihatan dll pun sama. Mentang-mentang guru ni banyak bilangannya. Tak payahlah nak ambil hati cam tu sangat.

Rasyidah Merin

Alhamdulillah..semoga terus diberi kekuatan utk terus berjuang menabur budi kpd anak bangssa, agama dan negara..

Rasyidah Merin

Alhamdulillah..semoga terus diberi kekuatan utk terus berjuang menabur budi kpd anak bangssa, agama dan negara..

petugas terumbumn

Jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Mengenai Pengguguman pelarasan gaji kepada Kakitangan Awam dan diminta CUEPACS mengusulkan kadar aluan Petugas terumbu yang terdiri daripada kakitangan ATM/POLIS.

syukur..pada yang esa kerana mengenangkan jasa guru amatlah banyak sokong seratus percent

sim2096

harap2 lepas ada la kejutan @ pengumuman besar yg memberi manfaat kepada rakyat bawahan selain kakitangan kerajaan spt org kampung, kakitangan swasta dsb...ingat...kami pun rakyat malaysia gak.

Hawang

Syukur dan mari kita terus melangkah jauh, melipatgandakan usaha dan tanggungjawab kita demi negara tercinta...

nani

ada lagi?? syukur...pengiktirafan buat guru2..

Azmie Abu Yamin

..Guru kaulah segalanya....dari Perdana menteri hingga tukang sapu pun.. gurulah segala-galanya.. hargailah jasa dan pengorbanana guru..

Qirraf Dayidzi Ahsiraf Almi

Guru Adalah Segala-galanya...tanpa guru dunia tidak akan maju. Hasil didikan gurulah dunia menjadi dunia yang sebenarnya. Terima kasih untuk PM dan TPM.Hargailah kami sebagai penjana minda masyarakat

terima kasih PM & TPM yang prihatin kepada warga guru yang telah lama berkorban membangunkan manusia

jamal

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang prihatin terhadap penjawat awam termasuk golongan guru. Diharap pengumuman yg akan dibuat adalah wujud skim baru bagi guru Ex-PPPLD yang tamat belajar dan lantik sebagai guru siswazah akan dilantik gred DG42 dimana jadual gaji gred DG42 berbeza dengan jadual gaji DGA32 dan DG41. Jadual gaji DG42 lebih tinggi daripada gred disebut tadi

linda

Tapi guru sekarang tak macam guru dulu......
guru dulu kerja kuat, guru sekarang.......??

ckgu syarum

semoga guru lebih gigih berusaha mendidik anak bangsa supaya berjaya di dunia dan di akhirat...terima kasih kerajaan..terima kasih cikgu...

salitin jabi

terima kasih, nanderi,kamsiah n tq. 1Malaysia kan!

Yusoff

Terima kasih di atas cadangan PM n TPM. Cuma saya minta jasa baik kerajaan untuk memikirkan nasib anak-anak cikgu yang tidak diberi sebarang pengecualian atau bantuan bagi melanjutkan pelajaran. Terima kasih.

Pak Malau

Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri. Namun perlu juga dipertimbangkan insentif untuk guru yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana (Masters) dan PhD.

ann

Bagaimana dengan guru-guru yang menyambung pengajian Master dan PhD...kami telah memartabatkan kaum guru namun tidak diberi insentif yg sewajarnya seperti pensyarah-pensyarah di Universiti dan institusi pendidikan yang lain..harapan kami juga agar perkara ini dipertimbangkan...terima kasih.

jijoy

kami yg keja swasta gak merana..huhu gaji gomen naik = harga barang naik..kena berjimat lagi..

danny

Alhamdulillah cikgu2 menerima berita baik. Bagaimana pula time based untuk kumpulan yg lain? Ada yg dah lulus ptk tapi dah 10 tahun di gred lantikan.

SueEmma

Syukur..mudah2an berbaloi kpd semua guru yg terlalu lama menunggu..tiap2 kurniaan mesti ada pengorbanan..

mohd anuar awang

c-celik i-insan K-kerana G-guru U-unggul terbentuklah satu nama- CIKGU yang tidak akan hilang di dunia.

Hayati binti Masani

kakitangan bukan guru disekolah pun sepatutnya diberi penghargaan,apatah lagi kakitangan yg telah lama berkhidmat,kerana peranan anggota kakitangan sokongan di sekolah banyak mambantu guru-guru dan pentadbir sekolah dalam menjayakan setiap aktivi-aktivi yg diadakan diseolah,selain drp mjalankan tugas utama mereka.Rasanya tanpa kakitangan sokongan disekolah sukar utk sesebuah sekolah itu menjayakan sesuatu aktivi dgn mudah.....

tajak keri

Tanpa kehadiran guru dalam kehidupan siapalah kita.Gurulah yang mencelik akal yang buta, membuka minda yang lena, menganjak paradigma insan yang leka, membina kesantunan diri. Oleh itu hargailah insan bernama guru. Terima kasih cikgu-cikgu ku.

aharun bin awang @saharun bin awang

terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana prihatin kepada masalah kaum guru, semoga penyelarasan yg akan diumum kan itu benar-benar memberi kepuasan kpd kaum guru. Dimana sekarang ini sistem yg ada tidak adil kepada kaum guru yg berada dikategori DG41,DG44 mereka ini menerima gaji rendah berbanding dgn DG32...jadi apalah hasilnya mereka belajar sampai peringkat universiti klu gaji setakat itu,,,fikir-fikir lah yg arif..

Suhaimi

Jika benar dan menjadi kenyataan kami warga guru terutamanya di Sarawak mengucapkan terima kasih atas keperhatinan PM & TPM kos pengangkutan air di kawasan pedalaman Sarawak sudah mula naik disebabkan spekulasi pelarasan gaji & SBPA baru-baru ini jadi kena lihat juga elaun pedalaman di Sarawak.

ramzi

syukur.............

KDA1979

Didahului dengan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional.

mohdroslan

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kps pihak kerajaan di bwh pimpinan YAB PM di atas keprihatinan mereka terhadap kakitangan awam. Warga pendidik terutama sekali perlu bersyukur di atas penyelarasan gaji dan pelaksanaan skim 'time base' 8 tahun. Saya sbg guru yg blm dilantik ke kenaikan pangkat DG41 amat berharap agar kami tidak dipinggirkan kerana lebih setahun menunggu surat perlantikan setelah berjaya ditemuduga pada April 2010 yg lalu. Penat jerih kami menyambung pembelajaran sehingga ke peringkat ijazah demi anak bangsa,keluarga dan negara amnya perlu dibalas dgn kenaikan pangkat ini.

polo

Org kerajaan naik gaji, org swasta pasti terima padahnya

zaidjunos

Sudah tiba masanya kerajaan membela nasib para guru di malaysia, kerana gurulah yang hanya mampu merealisasikan hasrat dan impian kerajaan, guru juga bekerja tidak kira masa. Jazakallah kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin nasib para guru Malaysia.

Nazri

Tahniah.need to work harder

Tiada ulasan:

Catat Ulasan