Harian Metro: Mutakhir |
| Polis tahan 30 orang leka main judi sabung ayam Posted: 11 Mar 2012 05:30 AM PDT SHAH ALAM: Polis menahan 26 lelaki warga asing dan empat lelaki tempatan yang sedang asyik bermain judi sabung ayam di sebuah hutan berhampiran landasan keretapi, Stesen Komuter Padang Jawa hari ini. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Deputi Superintenden Izwan Abd Karim berkata, penahanan itu dibuat kira-kira 11.30 pagi hasil intipan yang mendapati suspek sering berkumpul dan berjudi pada hujung minggu.
Beliau berkata turut ditahan seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai penjual minuman dari gerai berdekatan. "Kita percaya mereka yang ditahan melakukan penawaran sehingga RM1,000 setiap kali pertarungan," katanya ketika dihubungi Bernama.
|
| Shahrizat undur sebagai menteri 8 April Posted: 11 Mar 2012 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini. Bagaimanapun, katanya, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.
Katanya surat berhubung perkara itu yang berkuatkuasa pada 8 April telah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya mahu melakukan perkara yang betul. Saya berfikir untuk diri saya sekarang, perkara yang betul ialah berundur sebagai menteri kabinet. Masanya telah tiba.
"Saya tidak ada kaitan dengan NFCorp, saya berkahwin dengan pengerusi NFCorp, tetapi sebagai anggota kerajaan, saya rasa perkara yang betul untuk dilakukan ialah berundur. "Saya amat menghormati kerajaan dan amat menghormati Perdana Menteri. Saya bukan sahaja seorang pemimpin, say ajuga seorang isteri dan seorang ibu. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya lakukan perkara yang betul," katanya. Katanya beliau mahu memastikan bahawa apabila beliau berundur, siasatan ke atas NFCorp akan diteruskan dan menunggu keputusannya. Katanya berikutan beliau akan mengundurkan diri pada 8 April, dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini, beliau akan menjalankan tugas-tugas terutamanya program yang telah dipersetujui sebelum ini dan memberi tumpuan kepada Akta Pekerja Sosial. Katanya Akta Pekerja Sosial yang telah dimulakan akan diselesaikan bersama Ketua Setiausaha kementeriannya dan Bahagian Dasar untuk menentukan supaya akta itu menjadi kenyataan. Shahrizat juga menjelaskan ini adalah masa terbaik untuk beliau mengundurkan diri kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Dalam pada itu, Shahrizat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan jemaah menteri yang lain yang telah memberi kerjasama yang baik semasa beliau melaksanakan tugas sebagai menteri. "Saya gembira kerana 10 tahun saya menjalankan tugas memimpin bersama semua kakitangan di kementerian dan agensi di bawahnya, kita sempat untuk membawa beberapa perubahan, terutamanya terhadap kumpulan sasaran kita, iaitu wanita, keluarga, orang kurang upaya, kanak-kanak, dan berhubung isu-isu kebajikan dan pembangunan masyarakat, warga emas dan lain-lain," katanya. Katanya selepas penubuhan kementerian tersebut, pelbagai perubahan telah dapat dilaksanakan terutamanya membabitkan pindaan perlembagaan yang dapat menentukan tidak boleh lagi ada diskriminasi terhadap wanita dan keluarga. "Sejak pindaan itu, Alhamdulillah beberapa perubahan dan pembangunan untuk wanita dapat dijalankan," katanya. Beliau turut berterima kasih kepada Wanita Umno dan sayap wanita parti-parti komponen BN kerana sepanjang tempoh 31 tahun beliau menjadi anggota Umno, wanita telah menjadi "kuasa yang kuat" yang membawa perjuangan untuk rakyat Malaysia. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan