Sabtu, 10 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Salah faham mengenai diet, berbahaya

Posted:

Salah faham mengenai diet, berbahaya

Salah faham mengenai diet, berbahaya

10/03/2012 7:27pm

KUALA LUMPUR — Salah faham merupakan perkara lazim di kalangan rakyat Malaysia, berhubung tafsiran yang betul mengenai apakah maksud diet yang sebenar.

Keadaan itu telah mengakibatkan masalah mengambil makanan secara tidak sihat di kalangan mereka yang mengamalkan diet, kerana mereka mengikut versi diet yang ditentukan yang akhirnya terbukti tidak berkesan atau berbahaya.

Dalam konteks ini, pakar diet di Swiss-Concept Sdn. Bhd. Mushidah Zakiah Mohad Akran berkata, adalah amat penting untuk makan tiga kali sehari iaitu sarapan, tengah hari dan malam dan secara tetap.

"Tidak makan atau berlapar akan mengurangkan kadar metabolisme seseorang dan mempengaruhi betapa banyak makanan yang diperlukan, dan keupayaan untuk memperolehnya.

"Jika anda langsung tidak mengambil apa-apa makanan, tubuh akan menghantar isyarat ke otak, menyatakan ia berada dalam keadaan berlapar, jadi ia (kadar metabolik) perlu bergerak perlahan," katanya kepada pemberita pada program demonstrasi masakan di Pusat Perubatan Prince Court di sini hari ini.

Sempena dengan Mac diisytiharkan sebagai Bulan Nutrisi, pusat perubatan itu menjalankan misi mendidik ibu bapa, khususnya ibu, mengenai bagaimana untuk memasak masakan berkhasiat yang seimbang untuk anak-anak di rumah dan tidak menggalakkan tabiat makan makanan segera untuk menangani masalah obesiti dan berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak.— BERNAMA

Kanak-kanak hilang ditemui mati lemas

Posted:

Kanak-kanak hilang ditemui mati lemas

Kanak-kanak hilang ditemui mati lemas

10/03/2012 7:19pm

IPOH — Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemui mati lemas di Sungai Kinta, Tanjung Tualang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mangsa Yushairiezal Judin ditemui terapung pada pukul 10.50 pagi tadi oleh orang awam kira-kira 45 km dari tempat mangsa terjatuh di longkang Kem Syed Putra, Tambun.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat katanya, ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, di sini.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, ibu kanak-kanak itu, Mazlinah Rintan@Baki, 31, berkata anaknya keluar bermain bola sepak dengan rakan-rakannya pada pukul 3 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam pada hari tersebut.

Semasa kejadian mangsa bermain berhampiran dua longkang besar ketika hujan lebat.— BERNAMA

Wira pertempuran Bukit Candu masih hidup

Posted:

Wira pertempuran Bukit Candu masih hidup

Wira pertempuran Bukit Candu masih hidup

10/03/2012 6:33pm

KUALA LUMPUR — Satu-satunya wira pertempuran Bukit Candu, Singapura iaitu Prebet Ujang Mormin masih lagi hidup dalam usia 91 tahun dan tinggal sebatang kara di Sikamat, Seremban.

Isterinya telah meninggal dunia dua tahun lepas, dua orang anak beliau juga telah meninggal dunia dan seorang lagi gagal dikesan.

"Saya kini menyara hidup dengan menggunakan wang pencen berjumlah RM200 yang diperoleh selepas menamatkan perkhidmatan di Jabatan Penjara," katanya kepada pemberita selepas menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kem Sungai Besi di sini, hari ini.

Beliau berkhidmat hanya selama tujuh tahun sebagai tentera tetapi berkesempatan untuk bertempur di Bukit Candu yang menyaksikan pahlawan negara, Leftenan Adnan Saidi gugur di medan pertempuran itu.

Beliau bagaimanapun tidak melihat kematian Adnan kerana pasukan beliau sudah berundur ke kubu pertahanan yang lain.

Semasa pertempuran yang berlaku pada Februari 1942 itu, beliau telah menyaksikan seorang rakannya mati serta-merta akibat terkena serpihan bom berikutan serangan tentera Jepun.

"Pada ketika itu, saya sedang berjalan bersama arwah, tetapi ajaibnya saya tidak terkena serpihan sedangkan bom yang meletup dekat," katanya.

Selain menerima PJM, Ujang yang merupakan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1941-1947) mendapat penghormatan besar daripada Empayar British apabila dikurniakan War Medal dan Pasific Star Medal.

— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan