Jumaat, 9 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


15 mahasiswa kita graduan perubatan terbaik

Posted:

15 mahasiswa kita graduan perubatan terbaik

15 mahasiswa kita graduan perubatan terbaik

09/03/2012 6:48pm

JAKARTA – Lima belas graduan perubatan dari Malaysia mengharumkan nama negara dengan meraih anugerah graduan paling cemerlang Universiti Udayana, Bali, untuk kumpulan doktor angkatan ke-50 universiti itu.

Mereka menerima Anugerah Cum Laude, iaitu penghargaan tertinggi universiti kepada mahasiswa berprestasi cemerlang, yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.55-4.00 dalam pengajian.

Para doktor itu ialah: Dr Lye Meng Hon (3.81), Dr Choo Ling Ling (3.79), Dr Yeap Xin Yi (3.78), Dr How Mei Yee (3.72), Dr Elisa Glory Manuel Jeyaraj (3.71), Dr Lee Wan Yin (3.70), Dr See Jia Yee (3.64), dan Dr Loh Soon Khang (3.63).

Dr Tey Siam Eng (3.62), Dr Cheok Chia Chien (3.60), Dr Goh See Yun (3.60), Dr Muhammad Haniff Abdullah (3.59), Dr Ng Li Yun (3.59), Dr Amalarany Sachudanandan (3.59) dan Dr Lai Siaw Ling (3.57).

Kesemua mereka merupakan penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (pinjaman).

Kejayaan cemerlang mereka itu diraikan bersama 35 graduan perubatan dari Malaysia yang lain pada upacara mengangkat sumpah sebagai doktor perubatan di universiti itu pada 23 Februari lepas. – BERNAMA

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted:

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

09/03/2012 6:45pm

KUALA TERENGGANU – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami sejak lebih 50 tahun hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kedai Manir, Jalan Pasar Manir, di sini hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Abdul Aziz Mohd, 66, bersama lima anaknya hanya sempat menyelamatkan diri dan melihat api menjilat keseluruhan rumah mereka dengan cepat.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur menyediakan juadah termasuk kerang rebus untuk dijual di pasar malam, manakala lima anak berada di ruang tamu.

"Tiba-tiba angin bertiup kuat menyebabkan api di dapur gas menyambar generator yang mengandungi petrol mengakibatkan alat itu terbakar dan kebetulan pula berada dekat dengan tong gas," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.07 pagi dan tiga jentera bomba bersama 13 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

"Kita berjaya memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian dapur itu kira-kira 11.46 pagi.

"Hasil siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kebakaran itu disebabkan oleh aktiviti memasak pemilik rumah ini," katanya. – BERNAMA

Iklan pembunuh upahan di web: Suspek ditahan

Posted:

Iklan pembunuh upahan di web: Suspek ditahan

Iklan pembunuh upahan di web: Suspek ditahan

09/03/2012 5:15pm

JAKARTA – Polis Indonesia hari ini menangkap seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyediaan iklan perkhidmatan pembunuh upahan di laman web, yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

Suspek berusia 30 tahun itu ditangkap di Jakarta Timur pagi ini dan telah di bawa ke ibu pejabat polis kontinjen Jawa Barat, di Bandung untuk siasatan lanjut.

Melalui suspek itu, polis berharap dapat mengetahui dengan lebih jelas motif iklan-iklan itu, yang sebahagian daripadanya dikatakan telah wujud sejak tahun 2008.

Media tempatan sejak beberapa hari ini melaporkan mengenai laman web dan laman blog yang menawarkan perkhidmatan pembunuh upahan.

Antara lainnya iklan itu menyatakan bahawa pembunuhan berbayar itu boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti tembakan dengan senjata tetapi kelihatan seperti kes rompakan, menggunakan racun tetapi sebab kematiannya mirip kepada serangan jantung atau pembunuhan melalui kemalangan jalan raya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan