Khamis, 8 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


102 peniaga dikompaun jual rokok bawah RM7

Posted:

102 peniaga dikompaun jual rokok bawah RM7

102 peniaga dikompaun jual rokok bawah RM7

08/03/2012 10:57pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun bernilai RM51,000 kepada 102 peniaga di seluruh negara atas kesalahan menjual rokok pada harga RM7 iaitu di bawah harga minimum yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, operasi dinamakan "Ops Basuh" di seluruh negara pada 27 dan 28 Februari lepas bertujuan memastikan peniaga mengikut garis panduan kementerian di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

"Dalam operasi itu, sebanyak 1,598 kotak rokok dengan jumlah nilai pasaran berjumlah RM4,923 dirampas dari 39 kedai kerana melakukan kesalahan (menjual rokok di bawah harga minimum ditetapkan)," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi membabitkan pemeriksaan terhadap 2,099 kedai itu disasarkan kepada peniaga yang menjual rokok di bawah harga minimum yang ditetapkan kerajaan dan menjual rokok tidak sah (rokok seludup).

"Dalam operasi itu, sebanyak 121 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada peniaga berkenaan," katanya. - BERNAMA

Polis tumpas ‘Geng L.C’, selesai 13 kes

Posted:

Polis tumpas 'Geng L.C', selesai 13 kes

Polis tumpas 'Geng L.C', selesai 13 kes

08/03/2012 10:52pm

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan "Geng L.C" yang dipercayai terlibat dengan kes curi motosikal dan ragut di sekitar daerah Serdang selepas menahan enam lelaki dan merampas empat motosikal curi dan pelbagai barangan bernilai RM30,000.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd. Razak Elias berkata, tangkapan itu sekali gus menyelesaikan 13 kes curi motosikal di sekitar Senawang, Negeri Sembilan, Bukit Puchong dan USJ 8 serta satu kes ragut di Serdang.

Beliau berkata, geng berkenaan, yang aktif sejak enam bulan lepas, tumpas apabila polis menahan seorang anggota kumpulannya yang cuba meragut seorang wanita berusia 33 tahun di kawasan parkir Tesco, Puchong, Sabtu lepas.

"Dalam kejadian itu, lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 L.C dan datang dari arah belakang mangsa untuk meragut sebelum mangsa bertindak menarik beg tangannya menyebabkan suspek terjatuh.

"Suspek kemudian cuba mengugut mangsa dengan sebilah parang tetapi ditangkap oleh polis peronda yang kebetulan berada di kawasan itu," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat sini, hari ini. - BERNAMA

KWPKB tawar rumah PPR kepada 35 keluarga

Posted:

KWPKB tawar rumah PPR kepada 35 keluarga

KWPKB tawar rumah PPR kepada 35 keluarga

08/03/2012 10:51pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) menawarkan kemudahan menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 35 keluarga yang sebelum ini menolak projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi di sini.

Tawaran untuk menyewa rumah di PPR Muhibah, Bukit Jalil itu dibuat melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, tawaran itu dibuat walaupun 35 pemilik itu telah menerima pampasan RM73,000 bagi setiap unit pada 27 Januari berikutan satu keputusan mahkamah, 19 Januari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, beliau menjelaskan bahawa, pemilik-pemilik terlibat sepatutnya perlu mengosongkan kediaman mereka 14 hari dari tarikh notis pengosongan rumah dikeluarkan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan