Khamis, 8 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Universiti Malaysia Pahang meterai perjanjian dengan universiti Jerman, Mercedes Benz

Posted: 08 Mar 2012 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) berpeluang mengikuti program dwi ijazah kejuruteraan automotif melalui kerjasama antara universiti itu dan Hochschule Karlsruhe University of Applied Science (HsKA) dari Jerman.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dua institusi pengajian tinggi itu akan membolehkan pelajar UMP, yang menamatkan program ijazah masing-masing, menjalani latihan selama enam bulan untuk memperoleh pengalaman berkualiti dan bertaraf dunia daripada pelbagai syarikat Jerman di Malaysia.

Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata MoU yang dimeterai dengan HsKA itu akan merintis jalan bagi pelajar mengikuti program dwi ijazah kejuruteraan automotif mulai September tahun ini, yang melibatkan kumpulan pertama 30 pelajar.

"Selepas menamatkan program pengajian selama empat tahun, para graduan akan mendapat dua ijazah daripada UMP dan HsKA. Program penganugerahan dua ijazah ini adalah berdasarkan model yang digunakan HsKA," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoU berkenaan.


Daing Nasir dan timbalan naib canselor UMP (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Badhrulhisham Abdul Aziz menandantaninya bagi pihak UMP, manakala HsKA diwakili rektornya Prof Dr Karl-Heinz Meisel.


Pada majlis itu juga, UMP menandatangani surat hasrat dengan Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd berkaitan pembangunan modal insan. Mercedes Benz Malaysia diwakili naib presidennya (Kawalan Kewangan dan Pentadbiran) Michael Cremer.

Cremer berkata Mercedes-Benz Malaysia perlu melibatkan diri dalam program itu untuk memastikan pihaknya mendapat bakat tempatan terbaik dalam industri automotif. - BERNAMA



Enam lot kedai musnah dalam kebakaran di Labuan

Posted: 08 Mar 2012 02:27 AM PST

LABUAN: Enam premis perniagaan termasuk sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di Taman Perumahan Mutiara di sini hari ini yang menyebabkan kerugian sehingga setengah juta ringgit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal Madasin berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.36 tengah hari dan tujuh jentera dengan kekuatan 45 anggota serta dibantu 21 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia digegaskan ke tempat kejadian.

Operasi memadam kebakaran turut dibantu anggota pasukan bomba sukarela dan pertahanan awam. Api dapat dipadamkan pada 1.55 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jainal berkata punca kebakaran masih disiasat tetapi siasatan awal mendapati kebakaran itu bermula daripada tingkat atas salah satu premis berkenaan.


Katanya angin kuat sedikit sebanyak menyukarkan operasi memadam api, bagaimanapun tindakan pantas pihak bomba telah berjaya menyelamatkan empat premis perniagaan yang terletak bersebelahan daripada turut terbakar. - BERNAMA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan