Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Panjat tangga ke tingkat 16

Posted:

Panjat tangga ke tingkat 16

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my


PANGSAPURI Sri Nilam di Ampang mengalami masalah lif rosak sejak tiga tahun lalu. - UTUSAN/Wahidin Salim


AMPANG 12 Mac - Sudah tiga tahun penduduk Pangsapuri Seri Nilam menanti masalah mereka diselesaikan, namun harapan hanya tinggal harapan.

Masalahnya mungkin nampak kecil, tetapi bagi mereka yang menanggung akibatnya, apatah lagi apabila ia boleh dikatakan berulang saban hari maka kesan ke atas mental amat besar.

Masalah mereka ialah lif rosak. Bagi yang tinggal di tingkat rendah mungkin tidak mengapa, tetapi bagaimana yang terpaksa memanjat tangga sehingga ke tingkat 16 dan terpaksa membawa barangan berat pula?

Tinjauan Utusan Malaysia ke pangsapuri tersebut mendapati, hanya dua daripada enam blok pangsapuri tersebut yang kedua-dua lifnya berfungsi dengan baik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Nama Bukit Gasing bakal jadi Bukit Kerinchi?

Posted:

Nama Bukit Gasing bakal jadi Bukit Kerinchi?

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bercadang untuk menukar nama Bukit Gasing di Lembah Pantai kepada Bukit Kerinchi bagi mengelakkan kekeliruan antara sempadan sebelah Petaling Jaya, Selangor.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pertukaran nama itu juga bagi mengenang jasa dan perjuangan penduduk asal yang mula-mula membuka penempatan di situ.

"Saya sudah meminta pegawai undang-undang untuk mengkaji mengenai perkara tersebut. Kalau diikutkan perkara ini boleh dilakukan tapi kena kaji.

"Ini kerana pertukaran nama perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian program Alam Flora Echo-EDU Leadership Camp Green Lung Legacy di Bukit Gasing, di sini, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

35 keluarga ditawar ke PPR

Posted:

35 keluarga ditawar ke PPR

KUALA LUMPUR 12 Mac - Sikap berlembut dan berhemah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) ditampilkan lagi apabila ia menawarkan kemudahan menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 35 keluarga yang menolak projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi di sini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, tawaran untuk menyewa rumah di PPR Muhibbah, Bukit Jalil itu dibuat melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, tawaran itu tetap diberikan kepada 35 pemilik berkenaan walaupun mereka telah menerima pampasan RM73,000 bagi setiap unit pada 27 Januari lalu berikutan satu keputusan mahkamah pada 19 Januari lepas.

"Pemilik berkenaan sepatutnya perlu mengosongkan kediaman mereka 14 hari dari tarikh notis pengosongan rumah dikeluarkan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan