Khamis, 8 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


180 penduduk Changlun dipindahkan berikutan banjir

Posted: 08 Mar 2012 02:36 AM PST

Mutakhir

ALOR SETAR: Seramai 180 penduduk di 12 buah kampung di Changlun dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir sehingga jam 5 petang tadi.

Dua pusat tersebut dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Masjid Sungai Laka yang menempatkan 31 keluarga (112 orang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Betong yang menempatkan 17 keluarga (68 orang).

Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman ketika dihubungi berkata, Bilik Operasi juga dibuka sebaik pusat pemindahan banjir dibuka. "Kita memberi bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan seperti makanan, minuman, selimut, tikar dan kain telekung," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menunggu arahan daripada Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu jika perlu membuka lagi pusat pemindahan sekiranya banjir bertambah serius.

Antara kampung yang terjejas ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Paya Lantau Dalam, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pekan Lama Changlun, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter. - BERNAMA

189 mangsa banjir di pusat pemindahan Jelai dibenarkan pulang

Posted: 08 Mar 2012 01:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Kesemua 189 mangsa banjir dari Blok 19, Felda Jelai 4, Gemas, pulang ke rumah masing-masing pada jam 1.30 petang tadi berikutan air mulai surut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan