Isnin, 12 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


APMM tahan dua kapal nelayan Vietnam cerobohi perairan Sarawak

Posted: 12 Mar 2012 03:29 AM PDT

Mutakhir

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal nelayan dari Vietnam dan 20 anak kapal yang menceroboh kawasan perairan negara, kira-kira 103 batu nautika dari Tanjung Sirik, Mukah.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuching, Kapten Maritim Abdul Harith Ahmad Khairati, berkata kapal peronda APMM menahan kapal dan nelayan asing berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi, Jumaat lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati nelayan-nelayan berkenaan telah melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran dan kesemua awak-awak dan tekong vesel ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Katanya, kira-kira satu tan hasil laut yang dipercayai ditangkap di kawasan perairan negara turut ditemui di atas dua kapal berkenaan.

Menurutnya, kesemua anak kapal berkenaan yang berumur dalam lingkungan antara 21 dan 50 tahun ditahan sementara menunggu siasatan kes selesai. - BERNAMA

Ibu tunggal antara yang ditahan ambil dadah di Temerloh

Posted: 12 Mar 2012 03:27 AM PDT

Mutakhir

TEMERLOH: Seorang ibu tunggal adalah antara lima orang yang ditahan Khamis lalu kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Temerloh.

Wanita berumur 36 tahun itu turut membawa bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan ketika dia ditahan bersama empat yang lain di sebuah rumah sewa di Jalan Bahagia pada jam 2.15 petang terbabit.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, berkata turut ditahan ialah tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 31 tahun yang didapati positif dalam penyalahgunaan dadah. "Dalam serbuan itu, ibu tunggal terbabit turut membawa bayi perempuannya untuk melepaskan gian menghisap dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut menemui 30 gram syabu, 220 gram ganja dan 38 biji pil Eramin 5 di dalam rumah berkenaan dan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM15,000. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan