Ahad, 11 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Sampah tidak dikutip seminggu

Posted:

Sampah tidak dikutip seminggu

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


LEE Kwan Meng menunjukkan kepada wartawan sampah yang bertimbun di Pasar Besar Kampung Cempaka, Petaling Jaya, yang didakwa tidak dikutip sejak Ahad minggu lalu.


PETALING JAYA 11 Mac - Peniaga-peniaga di sekitar Pasar Besar Kampung Cempaka, Jalan PJU 1/5 berasa kesal dan kecewa kerana sampah di pasar tersebut tidak dikutip sejak Ahad lalu sehingga mencemarkan pemandangan dan udara di kawasan itu.

Pengerusi Persatuan Penjaja pasar tersebut, Lee Kwan Meng berkata, keadaan itu sekali gus mengganggu kehidupan harian penduduk sekitar serta peniagaan mereka.

Katanya, pihaknya sudah pun membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengenai perkara itu, tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Apabila kami membuat aduan mereka berjanji akan menguruskan perkara ini, tetapi tiada sesiapa yang datang dan mengutip sampah sehingga sekarang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Banjir: PM umum peruntukan waktu terdekat

Posted:

Banjir: PM umum peruntukan waktu terdekat


Razali Ibrahim (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir, Mohd. Rais Zakaria sambil disaksikan oleh Ismail Kijo (kiri) ketika melawat penduduk Kampung Pinggir 3 Jaya, Lembah Jaya Utara, Ampang, kelmarin.


KUALA LUMPUR 11 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan peruntukan bantuan bagi membantu mangsa banjir kilat yang melanda sekitar Lembah Klang pada Rabu lalu tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, semua agensi kerajaan yang diarahkan membuat bancian kerugian yang dialami mangsa banjir telah menyiapkannya dan laporan akan dihantar kepada Perdana Menteri dengan segera.

"Perdana Menteri bakal mengumumkan peruntukan dan jenis bantuan yang akan disalurkan. Beliau sungguh prihatin dengan masalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang Rabu lalu dan mahu bebanan rakyat diselesaikan segera.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kawasan banjir tidak terlibat gangguan bekalan air

Posted:

Kawasan banjir tidak terlibat gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR 11 Mac - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi jaminan gangguan bekalan air pada 14 dan 15 Mac ini ekoran pemberhentian operasi sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu tidak akan melibatkan kawasan Lembah Jaya Utara, Ampang dan sekitar Hulu Langat, dekat sini.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan itu hanya melibatkan 153 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling, Klang, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

"Walaupun wilayah Kuala Lumpur tertera dalam senarai gangguan bekalan air tetapi ia tidak melibatkan kawasan Lembah Jaya Utara, Ampang dan Hulu Langat yang terlibat dalam bencana banjir Rabu lalu.

"Saya memberi jaminan dua kawasan ini tidak terlibat dalam gangguan bekalan air pada 14 dan 15 Mac ini manakala pembersihan loji-loji rawatan di kawasan masing-masing telah dilakukan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan