Sabtu, 1 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Posted:

Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 30 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu yang tersinggung dengan dakwaan kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu masih tetap mahu mempertahankan pendirian dengan menuduh kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

"Dalam laporan media, Sultan Johor juga bertitah bahawa baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

"Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dilihat di laman blog Guan Eng, http://limguaneng.com.

Menurut Guan Eng, beliau akan tetap membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu menganggap Guan Eng tidak ikhlas kerana beliau terus menyalahkan pihak lain khususnya 'media Barisan Nasional (BN)' yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan perangai beliau yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Perangai dia sebenarnya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Johor, khususnya polis, kakitangan kerajaan dan para peniaga kerana dia telah menghina Johor walaupun realitinya kadar jenayah menurun," katanya.

Mohd. Puad berkata, dia sepatutnya bukan sahaja memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi kepada seluruh rakyat negeri ini kerana menuduh kakitangan kerajaan tidak bersih.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abd. Samad pula menyifatkan permohonan maaf Guan Eng itu menyerlahkan perangainya sebagai pembohong besar.

"Sama ada dia ikhlas atau tidak ikhlas memohon maaf atas keceluparannya, ini bermakna media telah mendedahkan dan melaporkan perkara yang benar. Sekalung tahniah diucapkan kepada media yang berjaya menyelongkar pembohongan seorang pemimpin DAP (Guan Eng).

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, sebenarnya Guan Eng tidak sedar yang membocorkan perkara itu adalah media asing yang mentertawa dan tidak gemar dengan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kalau dah mohon maaf, diam-diam sajalah, jangan cuba menyalahkan pihak lain (media)," katanya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula berkata, permohonan maaf Guan Eng bukti jelas bahawa beliau bersalah dan secara sedar telah melakukan sesuatu yang mengguris seluruh rakyat Johor, khususnya Sultan Johor.

Perdana Menteri alu-alukan Guan Eng mohon maaf

Posted:

Perdana Menteri alu-alukan Guan Eng mohon maaf

Perdana Menteri alu-alukan Guan Eng mohon maaf

KUALA LUMPUR 30 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengalu-alukan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memohon maaf di atas kenyataannya memburuk-burukkan negeri Johor, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu juga menunjukkan Lim telah mengakui kesalahannya yang terlajak kata selain akur kerana bukti rakaman percakapannya itu telah diperolehi.

"Kita sudah ada recording (rakaman) dan perkara ini amat sukarlah bagi dia nak menafikan, kalau dia boleh nafikan dia takkan minta maaf," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato" Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, banyak telah mendesak Lim supaya memohon maaf termasuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Maknanya dia telah terimalah kesilapan dalam hal ini," katanya. — BERNAMA

Najib sangkal hapus kuota bumi

Posted:

Najib sangkal hapus kuota bumi

Najib sangkal hapus kuota bumi

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan MUHAMAD ZAID ADNAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan portal berita dan blog pro pembangkang bahawa beliau pernah menyebut untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan.

Sambil menyifatkan portal dan blog itu tidak jelas dengan kenyataan beliau, Perdana Menteri menegaskan, apa yang disebut adalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati.

''Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mepengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan portal pembangkang Malaysia Insider yang menyebut beliau membuat kenyataan akan menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan satu hari nanti dalam satu sesi soal jawab pada majlis Forum Khazanah Megatrends 2011, Selasa lalu.

Berhubung isu hudud pula, Najib berkata, Pas sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain terutamanya UMNO sebaliknya meneruskan hasrat perlaksanaan undang-undang hudud itu kerana ia telah lama diperjuangkan.

"Kita nak (mahu) tengok serius atau tidak serius (Pas) dalam isu ini kerana ia bukan perkara baru tapi lama dahulu Pas sudah menyebut untuk melaksanakan undang-undang hudud," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan