Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Oct 2011 10:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu nasib dua penunggang motosikal yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya Ops Bersepadu di Dataran Merdeka, awal pagi semalam. Dalam operasi bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, dua penunggang motosikal terbabit dicekup dalam tempoh tidak lebih 30 minit selepas mereka meloloskan diri daripada sekatan.
Bagaimanapun, hasil kecekapan pihak berkuasa, kedua-dua penunggang motosikal itu dicekup semula dalam tempoh tidak kurang 30 minit di kawasan berdekatan.
|
Posted: 30 Oct 2011 10:05 AM PDT AMPANG: Kelicikan pengusaha empat premis perjudian haram di dalam sebuah pusat beli-belah menyembunyikan kegiatan mereka dengan menggunakan nama pusat hiburan keluarga dihidu polis selepas diserbu dalam Ops Padu, di Taman Putra, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengetuai operasi itu berkata, operasi bermula jam 1 tengah hari itu membabitkan empat pegawai dan 37 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
"Polis merampas wang tunai RM933 hasil kegiatan haram dan merampas 143 mesin judi serta 16 komputer pelbagai jenama yang diubah suai menjadi mesin judi," katanya.
Menurutnya, Ops Padu dijalankan sepanjang tahun bermula Januari lalu bagi memantau kegiatan perjudian haram yang semakin popular dikalangan masyarakat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan