Harian Metro: Setempat |
Posted: 26 Oct 2011 11:09 AM PDT KAJANG: Tindakan licik satu sindiket pencetakan dan pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak berselindung di sebalik tiga premis tanpa nama yang kelihatan seperti tidak berpenghuni terbongkar apabila pihak berkuasa menemui mesin pencetakan DVD dianggarkan bernilai RM4 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Haneco, Semenyih, dekat sini, kelmarin. Serbuan pada jam 6 petang itu membabitkan pasukan khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDN KK) Putrajaya menemui mesin pencetak keluaran 2005 serta pelbagai DVD cetak rompak filem tempatan dan luar negara.
"Curiga dengan penemuan beberapa dokumen itu memaksa kami memecah premis bersebelahan sebelum menemui mesin pencetak berkenaan. "Pemeriksaan teliti dilakukan di premis kedua menemui laluan rahsia ke premis ketiga yang menempatkan pelbagai DVD haram dan bahan asas membuat DVD," katanya yang ditemui di lokasi serbuan.
|
400 hadiri Kenduri Rakyat 1Malaysia Posted: 26 Oct 2011 10:37 AM PDT PETALING JAYA: Program Kenduri Rakyat 1Malaysia di Taman Medan, di sini, baru-baru ini disambut meriah lebih 400 penduduk di sekitar Taman Medan dan Kampung Datuk Harun. Penduduk, Junaidah Abdul Latiff, 42, berkata majlis anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) itu menarik segenap lapisan masyarakat bergotong-royong memasak dan menikmati juadah pelbagai jenis masakan. "Saya kagum melihat pelbagai lapisan penduduk menghadiri majlis ini. Sambil menjamu selera, saya dapat melihat tetamu berbual sambil berkenalan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan