Kosmo Online |
- Peniaga K. Langat bantah roboh kedai
- Polis serbu empat premis judi haram
- 30 motosikal disita, 130 saman dikeluar
Peniaga K. Langat bantah roboh kedai Posted: Peniaga K. Langat bantah roboh kedai30/10/2011 9:41pm KUALA LANGAT, 30 Okt (Bernama) — Kira-kira 100 peniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom, di sini hari ini, mengadakan bantahan secara aman bagi menuntut penjelasan kerajaan Selangor kerana merobohkan gerai yang mereka usahakan sejak 60 tahun lepas. Peniaga terbabit mendakwa kedai mereka dirobohkan pada 26 Sept lepas atas arahan kerajaan negeri. Seorang peniaga Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka, dan bukannya memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 100 kaki persegi. "Tanah untuk kedai ini sudah dimiliki sejak zaman pemerintahan British lagi, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa apa-apa pampasan setimpal diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di tapak gerai mereka. Katanya, mereka difahamkan tempat tersebut diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur serta bersetuju dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberi pampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan cuba membantu peniaga terbabit dengan membawa isu tersebut kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Selangor. "Kami berharap keadaan yang berlaku seperti ini tidak akan berulang di kawasan lain dan mungkin menjadi petunjuk kepada rakyat Selangor untuk memilih kerajaan sebenar," katanya. — Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Polis serbu empat premis judi haram Posted: Polis serbu empat premis judi haram30/10/2011 6:03pm KUALA LUMPUR – Sebanyak empat premis dalam sebuah pusat beli-belah di Pandan Mewah di sini, diserbu polis hari ini kerana menjalankan kegiatan mesin judi slot dan komputer tanpa lesen. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, seramai 38 pelanggan termasuk empat wanita yang sedang berjudi ditahan dalam operasi yang dijalankan selama tiga jam dan berakhir pada pukul 4 petang itu. "Dalam serbuan hasil maklumat awam dan risikan itu, polis turut menahan empat lelaki yang merupakan penjaga premis... kesemua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini . Beliau berkata, 159 mesin judi dirampas dalam Ops Dadu itu, kebanyakannya mesin "jackpot" dan "classic slot". "Keempat-empat premis terbabit mempunyai pintu yang boleh menghubungkan satu sama lain dan premis ini berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
30 motosikal disita, 130 saman dikeluar Posted: 30 motosikal disita, 130 saman dikeluar30/10/2011 5:31pm KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam semalam. Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP, Ng Sook Long berkata, operasi itu, yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari pukul 11.30 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi. Operasi itu melibatkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar. Sook Long berkata, pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal. "Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan