Sabtu, 29 Oktober 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Tok Mon nak tanding lagi

Posted: 28 Oct 2011 12:34 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.


"Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.

"Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding," katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.


Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000.


Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.

Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil.


"Tapi tentu lebih baik jika tok menang," katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu.

Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.


"Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah.


"Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih," katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini.


Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Mati tercampak dari raga motor

Posted: 28 Oct 2011 12:33 PM PDT

KEPALA BATAS: Hati seorang bapa hancur apabila melihat anak kesayangannya maut di depan mata selepas tercampak dirempuh sebuah kereta di Pasir Gebu, Penaga, dekat sini, semalam.

Mangsa, Nor Afina Khalida Mohd Zamri, 3, maut akibat parah di kepala selepas tercampak daripada raga motosikal bapanya ketika menunggu dua kakaknya keluar dari Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Bapa mangsa, Mohd Zamri Hashim, 37, seorang nelayan berkata, dia duduk atas motosikal di kiri jalan, manakala anak bongsunya itu duduk di dalam raga motosikal itu sambil menunggu dua lagi anaknya, Nor Alia Farhana, 7, dan Nor Ellys Najwa, 9.

Menurutnya, sebaik sesi persekolahan tamat, anaknya Nor Alia muncul dan duduk di belakangnya diikuti Nor Ellys.


"Sebaik Nor Alia duduk, sebuah kereta muncul dari arah belakang lalu merempuh bahagian kanan pemegang motosikal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan