Harian Metro: Setempat |
Posted: 24 Oct 2011 11:50 AM PDT RAWANG: Lebih 10 bulan menunggu, pengusaha bengkel kereta dan kilang di Jalan Rawang-Tasik Puteri di sini, berharap kerajaan Selangor menyegerakan pemberian kawasan perniagaan baru kepada mereka selepas tapak asal diambil alih bagi menjalankan projek naik taraf jalan di situ sejak Mei lalu. Difahamkan, kerajaan negeri sudah meluluskan untuk memberi dua kawasan kepada peniaga terbabit iaitu di Jalan Kundang dan Jalan Tasik Puteri, namun sehingga kini tiada arahan berpindah dikeluarkan.
Katanya, mereka berharap proses itu dipercepatkan kerana ia membabitkan mata pencarian peniaga yang sepenuhnya bergantung kepada perniagaan.
Wang pampasan disampaikan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk As'ari Ibrahim. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus dan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.
Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri bekerjasama dengan memberi tapak baru kepada peniaga secepat mungkin bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
|
Pelanggan gerai berisiko dijangkiti penyakit Posted: 24 Oct 2011 11:48 AM PDT KUALA LUMPUR: "Pada pandangan umum sekali pun jika masyarakat itu makan di tempat kotor, sudah tentu kehidupan diri mereka juga dianggap tidak bersih. "Makan makanan yang bersih dan sihat asas kepada iman kerana sifat budaya kotor amat ditegah khususnya kepada masyarakat Islam. "Jangan jadi sampai bawa wabak penyakit kepada diri sendiri seolah-olah sudah terhantuk baru nak terngadah kerana kesan kesihatan tidak datang serta-merta," kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman ketika dihubungi, semalam.
Dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa restoran sekitar Jalan Genting Kelang itu, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan dua notis penutupan dan enam kompaun kepada kedai yang terlalu kotor, malah tidak mengikuti standard ditetapkan.
"Jika makanan itu sedap, murah dan mudah didapati sudah tentu pelanggan tidak kisah untuk beli," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan